Nuffnang

Isnin, 2 Disember 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Berhasrat Cari Calon Isteri Lain? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2013 04:00 PM PST

Adi Putra Berhasrat Cari Calon Isteri Lain?

Anda terkejut membaca tajuk di atas? Itu jugalah reaksi kami tatkala membaca kenyataan sulung oleh seorang peminat perempuan yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini.

Wanita berusia 30 tahun itu difahamkan terpaksa membuka mulut selepas Adi mendakwa tidak mengenalinya.

Artikel berkaitan:

Menerusi laporan Berita Harian semalam, Nooraida menceritakan kronologi perkenalannya dengan pelakon pujaan ramai itu sebelum hubungan mereka diketahui oleh suaminya.

Jika Adi menafikan dia pernah mengenali saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tidak pernah mengenali saya secara bersemuka, namun kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, IG, dan WhatsApp.

Menurut Nooraida, dia mula berhubung dengan Adi menerusi aplikasi Instagram (IG) semasa aktor tersebut berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Adi Putra Berhasrat Cari Calon Isteri Lain?

Keratan akhbar BH keluaran 1 Disember 2013

Saya mengenali Adi menerusi IG yang dikendalikan beliau iaitu adp_adiputra. Saya pula menggunakan nama aidaannefasha. Pada masa sama, Adi membuka ruang InstaMessage untuk peminat berhubung dengannya. Kebetulan waktu itu saya online dan Adi berada di Makkah, saya ucapkan selamat menunaikan umrah. Dia membalasnya dengan ucapan terima kasih.

Sejak daripada itu, Adi dikatakan mula bertanyakan status, nama sebenar, tempat tinggal dan meminta nombor telefon Nooraida sebelum terus berkomunikasi secara maya walaupun mengetahui wanita tersebut sudah berkahwin.

Dalam IG, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya beranggapan mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market.

Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa sangat teruja. Itulah antara sebab mengapa saya masih melayannya dan sanggup terjebak dalam perhubungan itu.

Melalui laporan yang sama, Nooraida turut menyatakan Adi mahu bertemu dengan suaminya untuk menyelesaikan masalah secara baik, namun pelakon kelahiran Singapura itu secara tiba-tiba berubah fikiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan