Nuffnang

Isnin, 2 Disember 2013

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Akui Sudah Bernikah 31 Ogos Lalu | - Beautifulnara

Posted: 05 Sep 2013 06:02 AM PDT


Kan bagus macam nie. Dah kahwin mengaku sajalah sudah berkahwin. Tak ada orang nak marah pun. Semua orang pun faham lumrah manusia perlu hidup berpasangan. Abang Nara percaya status seorang selebriti itu tidak akan menjadi penentu jatuh bangun populariti. Peminat-peminat di Malaysia semuanya sudah bijak-bijak belaka.
bront palaraeSebelum ini Bront Palarae menafikan yang dirinya sudah bernikah pada 31 Ogos yang lalu. Namun berkata kepada Yahoo Malaysia, akhirnya Bront membuat pengakuan yang statusnya kini ialah seorang suami kepada kenalan laman. Kata Bront:-

Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja. Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami

Menariknya Bront dan isteri pernah menjalinkan hubungan cinta selamat empat tahun selepas berkenalan pada tahun 1999. Namun begitu hubungan mereka terputus di tengah jalan. Namun kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Bront dan kenalan lamanya itu sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu. Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing. Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran

bront

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Bront atas perkahwinan ini. Semoga masjid yang dibina kekal sehingga ke hujung hayat. Marilah sama-sama kita doakan agar Bront berbahagia dan cepat-cepat dapat menimang cahaya mata. Tahniah Bront dan isteri!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan