Nuffnang

Rabu, 18 Disember 2013

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


<b>Akim</b> Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2013 05:03 PM PDT

Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan

Sebelum ini timbul cerita berkenaan Akim mula berkongsi ilmu-ilmu keagamaan dengan Stacy, sekaligus membuatkan ramai pihak berpendapat bahawa pasangan yang digosipkan bercinta ini sudah bersedia untuk melangkah ke jinjang pelamin.

Artikel berkaitan:

Akim yang ditemui sewaktu majlis sidang media Liga Lawak Superstar semalam bagaimanapun menyatakan masih belum betul-betul bersedia kerana menyedari tanggungjawab menjadi seorang suami sangat besar.

Sebenarnya saya belum sedia kerana masih di dalam proses melengkapkan diri saya untuk menjadi seorang suami. Jadi, dalam proses tu, saya kena sediakan macam-macam untuk bakal isteri saya. Iyalah, nak menjadi suami bukan satu tanggungjawab yang senang, kalau takde persiapan, susah lah nanti.

Namun begitu, Akim telah menyasarkan tahun hadapan untuk menamatkan zaman bujangnya. Walaupun baru berumur 22 tahun, Akim akui gemar dengan konsep kahwin di usia muda.

Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan

Saya sebenarnya suka kahwin awal. Jadi saya letak target untuk saya berkahwin adalah pada tahun depan.

Berkenaan kerjaya pula, Akim kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk tiga episod terakhir Kampung Girl sebelum bakal menumpukan sepenuh perhatian kepada program Liga Lawak Superstar.

Jika dilihat sekarang ini wajah Akim semakin kerap menghiasi kaca televisyen sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi. Namun anak muda ini menganggap segalanya adalah rezeki dan berkat doa dari ibu bapanya.

Alhamdulillah, semuanya adalah hasil daripada doa ibu bapa saya sendiri yang membuatkan rezeki saya semakin mencurah-curah. Saya ceburi bidang lakonan bukan bermaksud saya lupakan nyanyian, cuma saya mahu kutip seberapa banyak pengalaman yang boleh untuk timba pengetahuan.

Dalam perkembangan lain, Akim juga kini sedang dalam proses untuk mengumpulkan material dan idea untuk album baru yang dijangka akan dilancarkan tahun hadapan.

Menurut Akim lagi, peminat-peminat juga boleh menantikan kemunculan single terbarunya berjudul Dunia Dan Syurga dalam masa terdekat ini.

Lirik Dunia Dan Syurga - <b>Akim</b> | 1 Lirik Lagu.com

Posted: 25 Oct 2013 09:04 AM PDT

Lirik Dunia Dan Syurga – Akim 4.80/5 (96.00%) 10 votes

Selama berpimpin tangan meredah segala
Semakin dalam ku menyelam
Bagaikan bermimpi bahgia tetapi
Seputih peluru terluru di penjuru hati ku
Disini pasti ku terpaksa berhenti

Bukan ku tak mahu bercinta
Tiada yang ku pinta
Lebih dari jauh semata
Dunia dan syurga

Bukan ku tak mahu segala
Intan emas permata
Cuma mahu bersamamu
Dunia dan syurga
Dunia dan syurga

Meluncur atas salju dosa
Diambang menjunam gelincir terbenam
Binasa usia dan masa jangan disia-sia
Dan ini pasti ku terpaksa berhenti

Bukan ku tak mahu bercinta
Tiada yang ku pinta
Lebih dari jauh semata
Dunia dan syurga

Bukan ku tak mahu segala
Intan emas permata
Cuma mahu bersama mu
Dunia dan syurga

Hari akhir kan tiba
Kan terbongkar rahsia

Sayangku ku perlu bersama dirimu sentiasa
Bukan saja dunia tetapi juga syurga

Bukan ku tak mahu bercinta
Tiada yang ku pinta
Lebih dari jauh semata
Dunia dan syurga

Bukan ku tak mahu segala
Intan emas permata
Cuma mahu bersamamu
Dunia dan syurga

Cuma mahu bersamamu
Cuma mahu bersamamu
Dunia dan syurga

Comments are closed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan