Didie Alias - Google Blog Search |
Foto : Perasmian Butik Online <b>Didie Alias</b>, HITHAM | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 31 Oct 2013 09:26 PM PDT Pelawak, pengacara dan penyanyi terkenal, Didie Alis kini telah mengorak selangkah lagi kehadapan apabila dia mula merasmikan pembukaan butik online miliknya yang dikenali sebagai HITHAM. Menurut Didie, butik tersebut merupakan kerjasama antara dia dan dua orang pereka fesyen, Farel Mikhail dan Rinz Basha. Antara rekaan busana yang bakal dihasilkan oleh butik tersebut adalah kasual, sopan dan sesuai untuk digayakan ke pejabat.
Dari kiri : Farel Mikhail, Didie Alias & Rinz Basha Dalam pada itu, Didie turut menjelaskan bahawa, rekaan busana yang akan dihasilkan olehnya sendiri bakal dilabel sebagai Lady Didie, di mana antara konsep yang bakal diketengahkan adalah ringkas, santai dan boleh digayakan setiap hari.
Sesi perasmian butik online Didie Alias, HITHAM Beralih kepada perkembangan lain, pelakon dan pengacara popular ini turut bakal mengadakan satu trip percutian bersama peminat-peminatnya ke Bali yang akan berlangsung pada 21, 22 dan 24 Disember 2013 bersama TV Al-Hijrah. Apa pun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa koleksi menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami sekitar pelancaran butik HITHAM di The Pool, Ampang, petang semalam. |
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan