Nuffnang

Khamis, 5 Disember 2013

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Gemuruh Dengan Kolumpo - Gua.com.my

Posted: 28 Nov 2013 08:00 AM PST

Aktor yang kini bergelar pengarah, Bront Palarae mengakui yang dia gementar untuk menantikan filem sulung arahannya, 'Kolumpo' menjengah pawagam di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

"Perjalanan untuk melaksanakan filem ini sangat panjang. Hampir dua tahun lebih diperuntukkan untuk menyudahkan filem jni. Rasanya seperti anak yang baru lahir, saya gemuruh untuk menantikan filem ini ditayangkan," jelas Bront ketika ditemui usai majlis tayangan filem 'Kolumpo' di Cathay Cineleisure, Damansara pada Selasa.

'Kolumpo' yang menampilkan tiga cerita dalam satu filem ini diarahkan oleh Bront, Syed Munasar dan Rozi Izma. Bront mendedahkan yang idea untuk menerbitkan filem ini datang hasil daripada perbincangan tiga sahabat.

"Seluruh proses pengarahan dan penerbitan filem ini datang secara sendirinya. Mulanya idea kami adalah hanya untuk merakamkan filem pendek sahaja, tetapi memandangkan ketiga-tiga filem ini ada sesuatu persamaan, iaitu cerita mengenai kota Kuala Lumpur, jadi kami gabungkan," jelas Bront lagi.

"Kami bertiga berkawan semenjak dari zaman belajar lagi dan filem ini datangnya dari hasil kerahan idea kami. Akhirnya, tiga filem pendek ini digabungkan menjadi satu filem yang boleh ditayangkan di pawagam," ujar pelakon filem 'Jiwa Taiko' ini.

Tambah Bront, selalunya orang akan berkarya mengenai cerita kejayaan di Kuala Lumpur, namun 'Kolumpo' tampil berbeza dengan menggabungkan tiga cerita kecil. Filem ini juga menjadi gambaran perihal yang selalu terjadi di sekitar kota Kuala Lumpur dalam sisi olahan yang berbeza.

Filem lakonan Sharifah Amani, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam dan ramai lagi ini akan menemui pencinta filem tempatan bermula dari 5 Disember 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan