Nuffnang

Khamis, 5 Disember 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Nama <b>Saiful apek</b> dipergunakan untuk buat filem ! | Kle-peq <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 06:34 AM PST

PELAKON dan pelawak terkenal, Saiful Apek mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbitan sejak 2010.Perkara itu dimaklumkan melalui laman mikro Twitter miliknya, hari ini.

Penjelasan ringkas Saiful Apek boleh dilihat dalam interaksinya bersama pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.

"...ada syarikat yang pakai nama SAIFULAPEK SDN BHD sejak 2010 tanpa pengetahuan atau persetujuan dan sekarang sudah bertukar nama ke A N A PRODUCTION SDN BHD (896191-X).

"Akan 'shoot' filem JB Pailang bulan Disember sekitar Johor. Baru-baru ini mereka caj RM420 seorang yang kononnya tanpa paksaan untuk yang datang uji bakat dan kelas untuk 'talents'," katanya.

Saiful Apek juga meminta agar perkara itu disebarkan berhubung kemungkinan ramai yang terlibat termasuk warga Singapura.Di laman sosial Facebook pula, tertera beberapa interaksi antara Saiful dan pihak syarikat produksi itu.-Lapor Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan