Nuffnang

Sabtu, 28 Disember 2013

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Kisah Pilih Menantu Lakonan Zahiril Adzim dan <b>Elfira Loy</b> Dalam <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2013 04:04 AM PST

Dalam masyarakat kita yang semakin terbuka, pilihan jodoh diletakkan sepenuhnya kepada anak teruna mahupun anak gadis sendiri yang ingin berumah tangga dalam menentukan pilihan yang terbaik sebagai pasangan hidup mereka. Namun pandangan ibu bapa sebagai orang tua juga tidak harus dipinggirkan.

Membawakan topik bila mana seorang pemuda diuji bakal keluarga mentua tentang tanggungjawab sebagai persediaan bergelar seorang suami, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie menarik, "Nak Jadi Menantu, Ye?" yang diselitkan dengan lawak mencuit hati menggandingkan pelakon Zahiril Adzim dan Elfira Loy sebagai pasangan kekasih selain Zaidi Omar, Fadilah Mansor, Razak Ahmad dan Sheila Mambo.    

ada cinta ... watak Tuan Mohd Haikal dan Rusnani

Mengisi slot Panggung Ahad, telemovie disiarkan pada 29 Disember; pukul 10.05 pagi di TV1 ini mengisahkan Tuan Mohd Haiqal, 25 tahun mengikut teman wanitanya, Rusnani, 18 tahun balik ke kampung selama beberapa hari dengan tujuan untuk mengenali keluarga tersebut sebelum keluarganya menghantar wakil meminang.

Selama berada di rumah Rusnani Tuan Mohd Haiqal diuji untuk melakukan pelbagai pekerjaan oleh bapa Rusnani iaitu Zakaria sehingga memberikan tekanan kepada mental dan fizikal Tuan Mohd Haiqal.

Tujuan Zakaria berbuat demikian, adalah untuk mengetahui bagaimana tahap kesabaran, pengetahuan Tuan Mohd Haiqal tentang agama dan kebijaksaan Tuan Mohd Haiqal untuk menyelesaikan masalah sebelum dia memikul tanggungjawab yang lebih berat iaitu menjadi suami kepada Rusnani.

Satu rahsia yang Tuan Mohd Haiqal dan Rusnani tidak tahu adalah hubungan persahabatan antara Zakaria dengan Tuan Mahmud sewaktu didalam tentera dimana Zakaria berpangkat sarjan dan Tuan Mahmud adalah kadet bawahanya iaitu bapa Tuan Mohd Haiqal. Tuan Mahmud mahukan Tuan Mohd Haiqal 'diajar cara pengurusan diri' kerana Tuan Mohd Haiqal yang terlalu dimanja oleh isterinya sehingga bersikap tidak 'gentleman'. Digambarkan Tuan Mohd Haiqal adalah anak tunggal di dalam keluarga tersebut yang mana mewarisi harta keluarga.

Rusnani mempunyai seorang adik yang masih bersekolah iaitu Suhaili. Ibu Rusnani, Zakiah, berniaga nasi lemak di tepi jalan dan bapanya Zakaria, seorang pemandu teksi.

Di rumah tersebut, Tuan Mohd Haiqal telah diminta oleh Zakaria melakukan pelbagai tugasan iaitu termasuklah, mencuci bilik air, membantu berkebun pisang, membasuh pakaian mengunakan tangan setelah mesin basuh sengaja dirosakkan oleh Zakaria, mengantikan tong gas masak dengan yang baru di kedai runcit dengan cara memikul tong, diminta menggali parit yang tersumbat sewaktu hujan lebat, menggantikan tempatnya menjadi anggota Rela dengan mengawal kampung pada waktu malam juga mencuci sawang di dalam rumah dan mengemas stor dibelakang rumah dan bermacam-macam lagi.

Rusnani akhirnya kecewa dengan sikap ayahnya yang seolah mendera Tuan Mohd Haiqal. Tuan Mohd Haiqal yang tertekan serta deman sejuk telah balik ke kuala Lumpur untuk memberitahu ibunya supaya membatalkan rancangan pertunangan tersebut tetapi sebaliknya dia terperanjat apabila melihat ayahnya dan Zakaria saling kenal mengenali. Tuan Mahmud telah mengarahkan Tuan Mohd Haiqal kembali ke rumah Zakaria untuk menyambung ujian dari Zakaria. Lalu apakah kesudahan hubungan mereka? Dapatkah cinta mereka disatukan dengan ikatan yang sah?

poster drama nak jadi menantu ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan