Lisdawati - Google Blog Search |
- <b>Lisdawati</b> Hamil Empat Bulan | ROTIKAYA
- (TAHNIAH)<b>Lisdawati</b> Kini Hamil 4 Bulan | - Beautifulnara
- <b>Lisdawati</b> Tetap Menawan Walaupun Hamil 4 Bulan - Cerita Semasa
<b>Lisdawati</b> Hamil Empat Bulan | ROTIKAYA Posted: 25 Dec 2013 07:12 PM PST Kami teringat yang Fauzi Nawawi pernah mengulas tentang ura ura yang isterinya, Lisdawati hamil tidak berapa lama dahulu dengan meminta supaya para peminat mendoakan mereka untuk dikurniakan cahayamata baru — tetapi kami lupa sumbernya di mana. Apa yang penting, Lisdawati menerusi laporan Sinar Harian hari ini mengakui dirinya kini sedang hamil empat bulan dan ini merupakan anak ketiga beliau bersama suami tercinta, Fauzi Nawawi. Lisdawati berkata yang beliau mengalami alahan yang teruk untuk kehamilan kali ini dan memiliki fasa turun naik emosi yang tidak menentu. "Saya alami alahan yang agak teruk kali ini, makan agak memilih dan makanan yang saya makan mesti masih panas. Saya juga agak 'moody' tetapi saya cuba kawal kerana masih bekerja dan sibuk dengan tugasan harian" Walaupun sedang hamil, Lisdawati tetap meneruskan karier lakonan beliau & berkata tidak sukar untuk sembunyikan perut kerana memakai tudung dan baju yang longgar. "Walaupun sayanghamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan sorokkan perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat," tambahnya. Apa lagi tips kesihatan yang diberikan Lisdawati? Baca di Sinar Harian. (rtky/hmz) |
(TAHNIAH)<b>Lisdawati</b> Kini Hamil 4 Bulan | - Beautifulnara Posted: 26 Dec 2013 04:40 AM PST Alhamdulillah. Makin murah rezeki Lisdawati sejak berhijrah memakai tudung bermula Mei yang lalu. Terbaru, Lisdawati telah mengesahkan dirinya hamil 4 bulan. Isteri kepada Fauzi Nawawi ini telah pun melahirkan 2 cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 5 dan Nur Aina Fazneesya, 4. Harap-harap dapat "baby boy" pulak kali ini. Untuk makluman anda, Lisdawati kini sudah pun berusia 35 tahun. Menariknya kehamilan kali ketiga ini menyaksikan Lisdawati agak "moody" dan alahan. Kata Lisdawati kepada Sinar Harian:-
Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisdawati dan keluarga untuk kehamilan kali ini. Jangan kerja berat sangat. Pastikan dapat rehat yang secukupnya. Yang penting, jangan lupa makan minum walaupun sedang sibuk menjalani penggambaran drama. Tahniah sekali lagi buat Lisdawati dan Fauzi Nawawi atas kehamilan ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Lisdawati</b> Tetap Menawan Walaupun Hamil 4 Bulan - Cerita Semasa Posted: 26 Dec 2013 05:32 PM PST Nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 35, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula dikenali selepas membintangi filem KL Menjerit pada 2002, karier lakonan aktres yang berasal dari Kuala Lumpur ini terus meningkat naik.
Lebih istimewa, biarpun sudah memiliki dua cahaya mata, Nur Aina Farhana, 5 dan Nur Aina Fazneesya, 4, Lisdawati atau mesra di sapa Lisda masih kelihatan ramping dan cantik persis seperti dia ketika masih anak dara. Apatah lagi, dengan tugas sebagai ibu dan selebriti, tentunya Lisda mempunyai masa yang terhad untuk bersenam. Tentunya kelangsingan ini dicemburui ramai wanita di luar sana apatah lagi, ada di antara wanita yang masih belum berkahwin tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan. Oleh itu, Zass mendekati Lisda bagi mengetahui rahsia penjagaan tubuh selain penjagaan rambut selepas dia tampil bertudung. Istimewanya, Lisda membuat pengakuan bahawa kini dia sedang hamil empat bulan dan ikuti cara Lisda menjaga berat badan biarpun dalam tempoh kehamilan. Sebagai seorang wanita berkerjaya, apa pengertian cantik dan sihat bagi anda? Dalam usia yang sudah mencecahkan 30-an dan beranak dua, anda masih mempunyai tubuh yang langsing persis anak dara, apa rahsianya? Apatah lagi ubat diet perlu diambil secara berterusan dan jika kita berhenti, tidak mustahil berat kita akan kembali kepada berat asal. Jadi berdietlah secara semula jadi. Bagaimana pula dengan rutin pemakanan anda? Selain itu banyakkan juga minum air putih dan makan buah-buahan. Paling penting jangan makan pada waktu malam atau lewat malam. Kerana itulah yang akan membuatkan badan kita naik. Anda kini sedang hamil, tidak alami sebarang alahan? Jadi bagaimana anda menjaga stamina agar sentiasa cergas? Ia akan mempercepatkan proses berpeluh. Jadi bila kita aktif dan sentiasa berpeluh, metabolisme dalam badan kita akan tinggi dan kita susah untuk gemuk. Selain diet dan bersenam, adakah anda mengambil sebarang suplemen? Ada sesetengah selebriti memilih suntikan untuk kekal cantik, pernahkah anda terfikir untuk mengambil suntikan selepas usia semakin meningkat? Tapi sebelum ambil, seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor mengenai kesan jangka panjang. Macam saya sekarang tengah mengandung, saya tidak terfikir pula untuk mengambil suntikan. Tetapi sekiranya selepas ini, mungkin ketika usia meningkat dan betul-betul memerlukan, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk ambil kerana sebagai selebriti, kecantikan memainkan peranan juga. Tapi bergantung pada keadaan. Bagaimana pula dengan penjagaan rambut, memandangkan anda kini sudah bertudung? Apa perkembangan terkini anda? Walaupun hamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan 'menyorokkan' perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat. Anda mungkin juga Meminati |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan