"Bunyi seperti 'playboy' bukan? Tetapi jangan salah faham, saya hanya berkawan dan mengenali mereka dengan lebih dekat, nak lihat sejauh mana keserasian kami. Dan kemudian barulah saya pilih mana satu yang sesuai."Tetapi saya tidak meletakkan harapan seolah-olah mahu bercinta atau berkahwin dengan mereka. Sekiranya mereka ada pilihan lain, saya tidak mempunyai masalah,
"Kalau nak tahu, saya sudah bersedia untuk kahwin sejak lima tahun dahulu. Dan setiap tahun saya memberi harapan pada diri bahawa tahun yang seterusnya pasti akan saya temui calon yang sesuai. Dan ia berlarutan sehinggalah sekarang.
"Moga perancangan berkahwin pada tahun depan betul-betul menjadi Insya-Allah," tuturnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan