Nuffnang

Isnin, 9 Disember 2013

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


ekslusif! hubungan sulit <b>fauzi nawawi</b> dan noni af5 terjawab?

Posted: 11 Oct 2013 10:51 PM PDT

Post image for EKSLUSIF! HUBUNGAN SULIT FAUZI NAWAWI DAN NONI AF5 TERJAWAB?

EKSLUSIF! HUBUNGAN SULIT FAUZI NAWAWI DAN NONI AF5 TERJAWAB? | Noni AF5? Ramai yang tidak kenal dan mungkin tidak ingat pun tentang kewujudan nama ini.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut khabar angin tentang Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang menjalin hubungan dengan Fauzi Nawawi selepas mereka rapat selepas berkenalan.

Fauzi Nawawi bukan amatur dalam gossip mempunyai hubungan sulit ini dan pastinya berita ini bukan yang pertama namun Noni AF5 tampil memberikan penjelasan tegas yang hubungan antara mereka hanya kerana kerja atau lebih formal & professional.

"Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga 'anak didik' Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan"

"Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?" kata Noni AF5 menafikan semua dakwaan.

Noni AF5 menjelaskan lagi yang beliau mula mengenali Fauzi Nawawi ketika menyertai program 'Jelajah Festival Filem Malaysia' tahun ini, dan Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati.

Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya. Itu sahaja, katanya.

Tambah Noni lagi, Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana inginkan hasil terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.

Manakala dia juga turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap seperti kakak. Dia berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.

Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini, kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja 'tidak', bukan? Tidak perlu meleret-leret konon-konon mahu bikin gempak. 'Straight to the point'.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
EKSLUSIF! HUBUNGAN SULIT FAUZI NAWAWI DAN NONI AF5 TERJAWAB?, 10.0 out of 10 based on 1 rating Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan