Nuffnang

Rabu, 11 Disember 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Nafi Ada Masalah Dengan Boboi & Jozan - Gua.com.my

Posted: 26 Nov 2013 08:26 AM PST

"Saya jual lawak, bukan jual artis," ujar pengarah dan penerbit teater Lawak Ke Der 3, Hans Isaac apabila mengulas tentang barisan pelawak yang terlibat dalam pementasan tersebut.

Menurut Hans, dia yakin wajah-wajah baru seperti kumpulan Jambu, Douglas Lim dan Kuah Jenhan mempunyai kebolehan mereka tersendiri untuk membuat penonton ketawa.

"Mereka memang bagus dan berbakat. Jika tidak, saya tak ambil mereka menjadi sebahagian daripada pementasan Lawak Ke Der 3. Lagipun mereka akan mengetengahkan 100 peratus lawak baru yang tidak pernah dipertontonkan di televisyen," ujar Hans.

Menafikan mempunyai masalah dengan kumpulan Boboi dan Jozan yang sebelum ini antara pelawak kegemaran penonton dalam pementasan tersebut, kata Hans, dia faham mereka tidak dapat terlibat dengan pementasan Lawak Ke Der 3 kerana terlibat dengan komitmen lain.

"Walaupun mereka kawan-kawan saya, tapi saya buat kerja secara profesional. Saya menghantar surat tawaran kepada mereka dan mereka menyatakan tidak dapat turut serta kerana ada komitmen lain. Saya tak faham macam mana boleh timbul isu saya ada masalah dengan mereka," jelas Hans.

Selain kumpulan Jambu, Douglas Lim dan Kuah Jenhan, antara pelawak yang akan membuat persembahan dalam Lawak Ke Der 3 adalah Nabil dan Harith Iskander.

Lebih menarik, buat pertama kalinya Lawak Ke Der 3 akan mengetengahkan komedi dalam bahasa Inggeris.

"Lawak Ke Der kali ini ada edisi istimewa di mana Harith Iskander, Douglas Lim dan Kuah Jenhan akan membuat persembahan dalam bahasa Inggeris. Namun, pada hari tersebut Nabil dan kumpulan Jambu tidak dapat membuat persembahan kerana terlibat dengan program Maharaja Lawak Mega," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Hans berhasrat untuk menjadikan pementasan Lawak Ke Der sebagai acara tahunan.

"Selepas ini mungkin ada Lawak Ke Der 4, 5, 6 dan seterusnya. Saya harap tahun hadapan saya dapat mengetengahkan pelawak wanita pula. Saya buat Lawak Ke Der ni, supaya penonton boleh datang untuk ketawa. Saya lebih gembira tengok penonton ketawa daripada tengok lawak artis-artis itu sendiri," ujar Hans.

Lawak Ke Der 3 akan dipentaskan bermula 4 sehingga 8 Disember ini. Edisi Bahasa Inggeris pula akan dipersembahkan pada 6 Disember di Istana Budaya. Tiket boleh didapati di www.ticket2u.biz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan