Nuffnang

Selasa, 10 Disember 2013

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


(9 GAMBAR)<b>Mizz Nina</b> Semakin Jelita Dengan Imej Bertudung |

Posted: 06 Nov 2013 10:30 PM PST


Memang makin cun melecun, jelita, menawan dan sedap mata memandang sungguh Mizz Nina selepas dia mengambil keputusan untuk memakai tudung sejak pulang daripada menunaikan ibadah haji. Beruntung sungguh Noh mendapat isteri yang menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang Muslimah. Semoga kehidupan mereka sebagai suami isteri lebih diberkati selepas ini.

mizz nina tudung

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram, kelihatan Mizz Nina dan Noh acapkali menghadiri ceramah dan "talk" yang dianjurkan oleh para ulama dan orang keagamaan yang popular di seluruh dunia. Satu langkah yang sangat bagus dalam mendalami Islam. Semoga ia akan berkekalan.

mizz nina tudung

Lagi beberapa keping gambar Mizz Nina dengan imej bertudungnya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

mizz nina tudung
mizz nina tudung
mizz nina tudung
mizz nina tudung
mizz nina tudung
mizz nina tudung
mizz nina tudung

Baca Yang Ini Pulak:-

Noh Tak Paksa <b>Mizz Nina</b> Berubah Secara Drastik | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2013 08:30 AM PST

Noh Tak Paksa Mizz Nina Berubah Secara Drastik

Umum tahu penyanyi yang popular menerusi lagu Around The World, Mizz Nina kini telah berhijrah kearah penampilan yang lebih sopan dan ayu bertudung.

Selaku seorang suami, Noh Salleh mengakui bahawa perasaan sayangnya kepada Mizz Nina semakin bertambah dan menyifatkan perkara ini sebagai satu permulaan yang baik buat mereka sekeluarga.

Sebenarnya penghijrahan dia (Mizz Nina) secara perlahan. Mula-mula dia ajak saya pergi mengaji dan sebelum berhijab pun dia ada bertanya pendapat saya, ok atau tidak jika dia nak berhijab sekarang?

Saya cakap, ok je, apa salahnya. Cuma saya tak nak push sangat, biar penghijrahan itu berlaku secara perlahan.

Noh Tak Paksa Mizz Nina Berubah Secara DrastikNina bersyukur penghijrahannya mendapat sokongan daripada ahli keluarga

Memandangkan Mizz Nina kini telah berubah kearah imej yang lebih baik, timbul pula persoalan di kalangan pihak media, bagaimanakah perkembangan kerjaya seni penyanyi tersebut selepas ini?

Adakah Mizz Nina akan tetap meneruskan kolaborasinya dengan artis-artis luar negara atau sebaliknya?

Sambil tersenyum, Nina menjelaskan, dia tidak mahu lagi memikirkan soal tersebut.

Yang lepas tu biarkanlah. Buat masa ini saya nak beri tumpuan pada perubahan diri saya. Sekarang ini boleh dikatakan saya adalah Mizz Nina yang baru dan semuanya akan berubah secara 360 darjah.

Lagipun buat masa ini saya tengah sibuk dengan label pakaian saya sendiri iaitu Mizz Nina dan dalam masa yang sama, saya juga dalam proses untuk melancarkan rekaan busana muslimah yang dikenali sebagai Madeena.

Selepas pulang daripada menunaikan ibadah Haji baru-baru ini, Mizz Nina akui kehidupannya kini semakin tenang dan gembira. Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana perubahan dirinya mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Foto: <b>Mizz Nina</b> Kini Bertudung? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 27 Oct 2013 09:55 PM PDT

Foto: Mizz Nina Kini Bertudung?

Kira-kira sebulan yang lepas, Noh Salleh ada berkongsi gambar Mizz Nina di laman Twitter yang menunjukkan isterinya itu bertudung sewaktu menghadiri kelas mengaji.

Foto itu sekaligus menjadi perbualan di kalangan peminat yang tertanya-tanya sama ada penyanyi tersebut sudah berhijrah.

Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian OHBULAN!, gambar-gambar yang dikongsikan oleh Mizz Nina sejak sebulan lalu masih belum menunjukkan penyanyi ini sudah bertudung sepenuhnya.

Foto: Mizz Nina Kini Bertudung?

Namun ternyata Mizz Nina ada memikirkan untuk ke arah itu apabila dua hari lepas dia telah berkongsi beberapa keping fotonya yang kelihatan ayu memakai tudung.

Berkemungkinan besar Mizz Nina terbuka hati untuk mengubah imejnya selepas pulang dari mengerjakan haji bersama suami baru-baru ini.

Apapun, jom lihat wajah manis Mizz Nina yang semakin cantik bergaya walaupun sudah bertudung dan menutup aurat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan