Nuffnang

Selasa, 10 Disember 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Ada Hikmah Semua Ini - <b>Shila Amzah</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 27 Nov 2013 08:27 PM PST

Ada Hikmah Semua Ini   Shila Amzah

Pasti ramai yang rasa terkejut dan tidak menyangka bahawa pelakon, Johan As'ari bakal memilih Lana Nordin sebagai permaisuri hidupnya, sedangkan sebelum ini ramai yang tahu akan keakraban yang terjalin antara aktor tersebut dengan penyanyi, Shila Amzah kan?

Artikel Berkaitan :

Susulan berita yang amat mengejutkan itu, rata-rata pengikut laman sosial Shila telah memberi kata-kata positif buat penyanyi itu dan meminta agar dia tidak terus bersedih atas keputusan yang telah dibuat oleh Johan.

Selain itu, ada juga segelintir antara mereka menyatakan bahawa, daripada awal lagi, mereka memang tidak bersetuju jika Shila dan Johan bercinta kerana menganggap mereka bukanlah pasangan yang ideal.

Ada Hikmah Semua Ini   Shila Amzah

Shila terima setiap keputusan dengan tenang

Oleh kerana terlalu banyak respon yang ditinggalkan di ruang komen Shila, penyanyi itu akhirnya meluahkan perasaan sedihnya bersama peminat tersayang. Menurut penyanyi itu, dia menerima segala ketentuan takdir dan percaya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Ada Hikmah Semua Ini   Shila Amzah

Ada Hikmah Semua Ini   Shila Amzah

Shila tak akan ulangi kesilapan yang lalu

Dalam masa yang sama, Shila turut menyatakan bahawa dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang mengaibkan dirinya dan keluarga seperti sebelum ini.

Bagi penyanyi itu, zaman telah berubah dan kini dirinya lebih matang untuk menghadapi segala rencah kehidupan.

The silly side of me..bak kata @shilaamzah_photography ..hehe..well,parts and parcels of life..kita tetap kena jalan ke depan..tak kira seberapa berat pun kaki kita melangkah..(eh,mana ada org jalan backwards kan..macam org tak betul je..macam gila je..jgn macam macam je..haha) well..as i said before..hidup kita ada banyak cabang pilihan..ada banyak perhentian sebelum sampai ke destinasi..so..why bother?cmon people..chin up..and let it be:) Allah itu berkuasa..maha kuasa dari segalanya.. don't worry guys..i ain't that girl with white scarf and the guitar no more.. itu zaman kebangangan terlampau..hehe.. sorry for that bgw..hehe.. so..l ets fill our life with love.. no hatred.. no regrets.. i love you guys..always..from the bottom of my heart..i can never thank you enough#Shayang#Shilalas forever:)

Melalui perkongsian foto terbaru, Shila turut memberi kata-kata positif buat ibu Johan berbunyi :

Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:*@firdausari

Meskipun sedih, nampaknya penyanyi ini masih lagi mampu bergurau dan tetap mendoakan yang terbaik buat Johan. Diharapkan semoga Shila terus berjaya dalam kerjayanya dan menemui insan yang lebih baik selepas ini.

Bagi semua peminat Shila, jom layan beberapa foto terbaru penyanyi tersebut sepanjang berada di Shanghai, China selepas ini :

Kredit Foto : Instagram Shila Amzah

<b>Shila Amzah</b> Pujuk Ibu Johan As&#39;ari? | - Beautifulnara

Posted: 28 Nov 2013 05:15 PM PST


Berita mengenai keputusan Johan As'ari untuk mengahwini Lana Nordin yang tujuh tahun lebih tua darinya selepas berkenalan selama tiga hari mengejutkan ramai pihak. Ada peminat yang mempersoalkan keputusan Johan dan ada yang merestui, tetapi restu peminat tidaklah sepenting restu seorang ibu.

A sad face under the shades — Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya.

Selepas kenyataan Johan mengenai cintanya kepada Lana disiarkan di akhbar semalam, ibu Johan telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menunjukkan kekecewaan. Komen-komen dari pengguna Instagram kepada gambar yang dimuat naik oleh ibu Johan semuanya berkisar mengenai pilihan Johan iaitu Lana berbanding Shila.
 photo 4.png
Namun kekecewaan ibu Johan cuba untuk dipujuk oleh Shila Amzah, yang memuat naik gambar mereka bersama sambil memberi kata-kata positif.
 photo 5.jpg
Walau bagaimanapun, status-status ini sudah dipadam oleh Shila Amzah dari Instagramnya. Setakat ini masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah kepada pihak media mengenai keputusan Johan yang juga memberitahu melalui artikel BH semalam yang dia menganggap Shila seperti adik.

Bersama kita nantikan perkembangan seterusnya. Kredit gambar RotiKaya.

Baca Yang Ini Pulak:-

Foto : <b>Shila Amzah</b> Hiasi Majalah Pengantin Edisi Disember - OhBulan

Posted: 07 Nov 2013 11:21 PM PST

Foto : Shila Amzah Hiasi Majalah Pengantin Edisi Disember

Masih aku cinta, mengungkapkan keinginan artis popular ini tentang impian alam perkahwinannya nanti. Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah buat kali ke-3 menjadi penghias muka depan majalah Pengantin Disember 2013.

Cantik dan menawan! Jika diamati, setiap perincian pengantin yang dipakai oleh Shila Amzah menyerlahkan kejelitaannya dalam menggayakan busana indah ini.

Dengan gaya yang tersendiri, Shila Amzah berjaya menampilkan ciri-ciri menarik ketika menggayakan busana tersebut.

Foto : Shila Amzah Hiasi Majalah Pengantin Edisi Disember

Apa yang lebih menarik, busana dan tudung pengantin yang dipakai oleh Shila diterbangkan khas dari butik Irna La Perle, Jakarta, Indonesia.

Antara topik-topik yang bakal dikupas, 122 gubahan dekorasi cenderahati pelengkap majlis raja sehari, rahsia sentuhan sensual terokai sensitiviti tubuh, evolusi busana pengantin tradisional & moden cinta agung sang pereka, tips untuk bunga rampai dan masih aku cinta daripada Shila Amzah.

Menerusi video berdurasi 2:51, Shila Amzah menyatakan dia mengimpikan perkahwinannya dalam suasana sederhana. Apa-apa pun, jom layan video di sebalik tabir Shila Amzah yang padat dengan intisari tentang perkahwinan impiannya.

Sumber gambar : Facebook Pesona Pengantin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan