Adi Putra - Google Blog Search |
Tiada Tindakan Selanjutnya - Konklusi Kes <b>Adi Putra</b> | Portal <b>...</b> Posted: 12 Dec 2013 06:14 AM PST Selepas sekian lama membiarkan peminat tertanya-tanya mengenai status kontroversi skandal penyebaran foto sensual Adi Putra, akhirnya sebentar tadi pelakon tersebut tampil memberi kenyataan kepada media. Menurut Adi, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya yang bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atasnya. Pelakon kelahiran Singapura ini turut menegaskan bahawa isu skandalnya kini dianggap selesai dan berharap dirinya tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi sebegini lagi.
Isteri Adi Putra tenang di sidang akhbar suaminya Sehubungan dengan itu, Adi menyatakan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang masih berdegil untuk menjatuhkan reputasinya.
Untuk pengetahuan anda, pihak peguam Adi telah menerima keputusan rasmi ini daripada pihak Polis Di Raja Malaysia pada 2 Disember 2013 berhubung hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan satu laporan polis Skudai Rpt: 4312/13 yang dibuat oleh pengadu. Tambah Adi lagi, dirinya langsung tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis selain sering mendapatkan khidmat nasihat dari peguam-peguamnya. Terdahulu pada awal September yang lepas, nama Adi mula menjadi perbualan hangat apabila seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa Adi mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sekaligus mengganggu keharmonian rumahtangga mereka. |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan