Nuffnang

Ahad, 5 Januari 2014

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


sya.leik.wtah.i.efle: <b>ALIF SATAR</b> - DEFINISI

Posted: 22 Dec 2013 07:38 PM PST

Album: Alif Satar - Definisi
Producer: Panji, Azlan Abu Hassan, Alfa Booty, Zimi, Aylwin Santiago and Nai Kong
Bagi aku bakat macam Alif ini sebenarnya terikat antara apa yang dia mahu, apa yang pasaran faham tentang muziknya dan apa yang Sony Music mahu dia jadi. Dan atas tiga alasan ini banyak sangat benda jadi dalam satu album. Antara pop 'cheesy' sampai ke power ballad Azlan Abu Hassan. Halanya agak keliru tetapi aku percaya Alif seorang yang tahu apa yang dia mahu.
Back to the album, Definisi dibikin lengkap dengan lapan lagu baru yang menurut aku not bad at all. Album ini dibuka dengan trak Gadis Tiga Bulan yang pop-nya sangatlah pop. Bagus untuk pembukaan sebuah album pop namun untuk single ada beberapa trak lain yang lebih baik.

Trak yang aku maksudkan terletak pada trak ketiga dan keempat. Aku mungkin bias sebab Azlan Abu Hassan yang membikin kedua-dua trak ini namun realitinya, trak-trak beginilah yang mampu buat orang buka mata pada suara Alif. Kerna Dia is such a beautiful ballad. Terus terang aku dah lama trak enjoy dengan muzik ballad melayu yang 1- Terlalu meleleh 2- Lirik cengeng tak masuk akal. Kerna Dia punya melodi yang cukup kuat, seawal intro sexaphone lagu ini sudah buat aku terbuai melayang. Vokal Alif tidak berlebihan, emosi yang diberi secukupnya, korus lagu ini cukup haunting dan ya dia penyanyi yang baik.
Kesempatan Kedua juga begitu. Deep sangat deep cuma aku masih terbayang-bayangkan andai kata trak ini menjadi milik Kaer, lagu ini akan menjadi lebih terasa jiwanya. Alif bagi aku sedikit gagal dalam mentafsir maksud Habsah Hassan dalam lirik dengan pernceritaan yang hebat ini. Tapi tak mengapa aku masih boleh enjoy dengan melodi dan susunan muzik berhantu Azlan Abu Hassan ini. Dan ya lirik Habsah Hassan yang cukup humanis bikin trak ini cukup sempurna. Aku ulang dengar lagu ini berkali-kali kerana hebatnya naskah ini.
Nona Jakarta juga sebuah trak yang bagus. Cuma kualiti rakamnannya kurang. Andai kata ia hadir dengan live recording trak ini akan jadi lebih interesting sebab asas kepada sebuah lagu yang baik sudah ada pada trak ini. Dan bait "Siapa suruk datang Jakarta, Aku sudah jatuh cinta" is just a killer. This is a good track jika mahu dijadikan single.
Ada sebuah lagu inggeris dalam album ini Sliding Doors namun sekadar biasa-biasa sahaja. Begitu juga dengan trak lain seperti Bila dan Akhir Penantianku. Namun ia jadi pelengkap yang baik album ini. 
Overall Definisi sebuah album pop yang baik, mungkin kerana pengalaman yang ada perlahan-lahan Alif sudah menampakkan apa yang dia mahu kongsikan dengan pendengar. Album ini punya potensi besar untuk menjadi big hit. Peranannya pada Sony Music dan radio untuk support album ini dan tiga trak ini - Kerna Dia, Kesempatan Kedua dan Nona Jakarta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan