Saiful Apek - Google Blog Search |
<b>Saiful Apek</b> Nafi Ibunya Telah Meninggal Dunia | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 18 Nov 2013 04:00 PM PST Penyebaran berita kematian yang tidak benar menerusi laman Twitter bukanlah satu perkara baru buat pengguna laman sosial pada masa kini. Jika sebelum ini pengacara Melodi, Awal Ashaari pernah melahirkan rasa terkejut apabila menerima berita kematiannya sendiri, akan tetapi lain pula yang dirasakan oleh pelawak terkenal, Saiful Apek. Artikel Berkaitan : Melalui laman sosial pelawak tersebut semalam, Apek telah dikejutkan dengan berita yang kurang enak didengar apabila terdapat salah seorang pengikut laman sosial menyebarkan khabar angin dengan mengatakan kononnya ibu pelawak itu telah kembali ke rahmatullah. Susulan berita tersebut, Apek telah me-retweet semula status berkenaan dan menegaskan bahawa ibunya masih lagi hidup, sekaligus menafikan berita tidak berasas itu. Apek menegaskan ibunya masih lagi hidup & sihat Dalam masa yang sama, Apek turut menjelaskan bahawa ibunya masih lagi berada dalam keadaan sihat walafiat dan tertanya-tanya bagaimanakah berita tidak benar itu boleh timbul. Apa pun diharapkan semoga khabar angin seperti ini tidak menjadi bahan gurauan di kalangan individu tidak bertanggungjawab kerana dikhuatiri ianya akan mengundang salah faham para pengguna laman sosial yang lain. |
You are subscribed to email updates from Saiful Apek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan