Alyah - Google Blog Search |
Lagu Lama Tercalon #MM28, <b>Alyah</b> Rela Dipertikai | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 05 Nov 2013 04:00 PM PST Pada hari Isnin lepas telah berlangsungnya majis Sidang Media Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 yang menyaksikan lagu Permata dendangan Alyah dan Ben Idola Kecil 5 tercalon. Mungkin ramai tidak tahu bahawa Permata merupakan lagu lama Alyah yang telah diberi nafas baru pada tahun ini. Menyedari kemungkinan pencalonan lagu tersebut akan dipertikaikan, Alyah sedari awal lagi telah bersedia dan rela sekiranya pihak atasan menimbang semula penyertaannya. Alyah bersama Ben Idola Kecil 5
Selain daripada Permata, Alyah turut tercalon mewakili sebuah lagi lagu berjudul Kau Yang Terindah yang mana liriknya telah ditulis oleh Erma Fatima. Dalam perkembangan lain, Alyah kini sedang sibuk dalam proses menyiapkan single terbarunya berjudul Ada Cinta dan dijangka bakal diperdengarkan kepada peminat pada bulan Januari tahun hadapan. Menurut Alyah, Ada Cinta mengisahkan tentang seorang yang mempunyai kekasih tetapi merasa dirinya sunyi dan keseorangan. Ditanya sama ada lagu tersebut dihasilkan berdasarkan pengalaman hidupnya, sambil tergelak Alyah menafikan perkara itu.
Bagi yang sudah lama tidak melihat kemunculan Alyah, di sini OHBULAN! sertakan foto-foto terbarunya yang ditemui sewaktu sidang media Muzik-Muzik 28 di Damansara, Isnin lalu. |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan