Nuffnang

Ahad, 19 Januari 2014

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Kami Hanya Kawan - <b>Remy Ishak</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 19 Jan 2014 05:25 PM PST

Kami Hanya Kawan   Remy Ishak

Sebut sahaja nama Remy Ishak, pasti ramai gadis di luar sana sudah membayangkan wajah tampan jejaka yang  pernah melakonkan watak Kalil dalam drama 'Cinta Jangan Pergi' ini.

Sebagai seorang pelakon yang telah mencipta nama dalam industri, Remy Ishak atau nama sebenarnya  Mohammad Zalimei Ishak sudah semestinya tidak dapat lari daripada gosip percintaan.

Terbaru, jejaka yang akan mencecah usia 32 tahun pada bulan April ini dikatakan sedang bercinta dengan anak gadis Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan. Wan Hanafi Su juga telah memberi kenyataan kepada pihak media bahawa dia merestui jika anaknya dan Remy benar-benar bercinta.

Kami Hanya Kawan   Remy IshakWan Hanafi Su merestui hubungan Remy Ishak dan anaknya

Walaubagaimanapun, Remy Ishak ketika ditemui baru-baru ini memberi penjelasan bahawa hubungannya dengan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu setakat ini hanyalah sebagai seorang kawan.

"Saya tak ramai kawan perempuan. Saya yang jenis berkawan dalam circle yang kecil sahaja. Jadi, mungkin bila orang nampak saya berkawan dengan seseorang wanita itu, mereka anggap saya bercinta. Tetapi tak pun sebenarnya"

Kami Hanya Kawan   Remy IshakWajah Budi Citawan yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan Remy Ishak

Namun, Remy Ishak tidak menafikan bahawa dirinya selesa berkawan dengan gadis tersebut berikutan mereka mempunyai minat yang serupa terhadap bidang seni. Remy juga mengakui pernah berjumpa dengan keluarga Budi ketika mahu membawa gadis itu keluar.

"Saya juga pernah jumpa keluarga Budi, makan malam sekali. Tapi bagi saya itu perkara biasa kerana saya memang akan minta kebenaran keluarga kalau nak bawa seseorang itu keluar"

Beralih kepada soal karier, Remy Ishak tidak lama lagi akan muncul sebagai Iskandar dalam drama siri 'Jiwa' di slot Aksi yang akan bermula pada 5 Februari setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3.

Tiada ulasan:

Catat Komen