Nuffnang

Rabu, 29 Januari 2014

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


myartis.com : HAFIZ, HYPER ACT, <b>AWI RAFAEL</b> UNGGULI AJL KE-28

Posted: 26 Jan 2014 01:08 PM PST

Seperti yang dijangka, Lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz, ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjaya muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28). Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.

Lagu tersebut telah berjaya mengalahkan 11 buah lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).

Antara yang turut mempertaruhkan nasib ialah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

Naib juara AJL 28 menjadi milik lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Selanjutnya, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K, Audi Mok dan Altimet nyanyian Awi Rafael dan Altimet.

Sementara Jaclyn Victor pula berjaya memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya selama tiga tahun berturut-turut. Jaclyn telah berjaya memenangi trofi dan wang tunai RM10,000.

Meskipun terlepas vokal terbaik, namun Hafiz menebus kehampaan dengan memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Bahagiamu Deritaku. Dia telah menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Untuk makluman, hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. AJL ke-28 kali ini telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam (Ahad).

Baca juga:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan