Nuffnang

Rabu, 29 Januari 2014

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


Terapi <b>Jue Aziz</b> Dalam Menangani Stress - Cerita Semasa

Posted: 02 Jan 2014 08:38 AM PST

Figura ini mula dikenali ketika terlibat dalam program realiti, Malaysia's Most Beautiful sekitar tujuh tahun lalu. Lantaran lakonan yang berkesan dalam drama Dua Hati, nama Jue Aziz terus meniti di bibir peminat di Malaysia. Malah, Jue juga sering menjadi pilihan pengarah dan penerbit semenjak dari itu.

terapi cara jue aziz dalam menangani stress
Namun bukan kisah kariernya yang ingin Zass kongsikan di sini, tetapi rahsia kecantikan dan awet muda yang berjaya dikekalkan Jue hingga kini. Apatah lagi, dalam usia yang menjangkau 30 tahun, Jue masih lagi kelihatan cantik persis kehadirannya dalam dunia hiburan sebelum ini. Jom ikuti rahsia Jue Aziz dalam menjaga kecantikan dan juga terapinya dalam menangani stress.

Apa erti kegembiraan bagi anda?

Bagi Jue, bila Jue bersama keluarga dan orang-orang yang menyayangi Jue, itulah kegembiraan yang tidak dapat Jue gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula sekarang Jue sibuk menjaga anak angkat, Darwish Naufal. Dialah pertama hati Jue. Automatik Jue boleh menjadi gembira. Kunci kegembiraan adalah bahagia dengan persekitaran kita.

Bagaimana pula cara anda terapi diri dan menangani stress?

Jue seorang yang suka duduk di rumah dan habiskan masa di rumah. Jue lebih selesa dan tenang apabila berada di rumah, memang itulah terapi Jue untuk mengembalikan tenaga dan hilang dek sibuk bekerja. Jangan tak tahu, Jue suka memasak, bila tiada apa yang di buat, Jue suka mencipta resipi baru. Jue boleh masak, masakan kampung dan juga bakar kek.

Apa pengertian cantik buat anda?

Jue rasa kecantikan itu datangnya dari dalam. Cantik luar adalah satu bonus, tetapi cantik dalam adalah yang sebetulnya. Bila kita sentiasa cantik dalaman, ia akan terpancar sendiri. Jika petua lama pula, Jue amalkan jamu yang diminum bersama madu.

Jamu yang dihasilkan sendiri oleh arwah nenek Jue, tetapi Jue sudah berhenti mengamalkannya bila sudah mendapat bentuk tubuh yang diinginkan. Jue berterima kasih kepada ibu Jue sebab dialah yang banyak mengajar cara hidup sihat.

Bagaimana pula cara anda menjaga kecantikan?

Jue amalkan air kosong, untuk kulit sentiasa lembab dan cantik.

Apa pula pendapat anda mengenai kesihatan?

Jue tidak mengamalkan sebarang suplemen atau vitamin. Tambahan pula, sekarang terlalu banyak pilihan. Jadi tidak tahu mana yang sesuai dengan tubuh kita. Jue lebih selesa mengekalkan kesihatan secara alami seperti mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

Jue juga kena cukup makan, kalau tak mudah letih. Pengambilan suplemen hanyalah apabila betul-betul diperlukan iaitu jadual kerja sangat padat.

Adakah anda amalkan sebarang diet?

Tidak. Jue sangat suka makan. Syukur kerana bentuk badan Jue sudah cukup elok. Berat Jue mudah naik dan turun. Jue makan untuk dapatkan tenaga. Jue kawal atas tujuan kesihatan. Jue tidak mengamalkan sebarang diet ketat.

Ada buat senaman?

Memandangkan Jue dulu olahragawati sekolah, Jue memang aktif kerana dulu main bola jaring dan hoki. Jue mempunyai tubuh yang mudah berotot. Jadi Jue kurang ke gimnasium. Jue lebih suka berenang kerana ia mudah.

Macam mana sibuk sekali pun, Jue akan curi masa berbasikal menggunakan mesin di rumah. Itulah senaman paling mudah di rumah untuk Jue kekal cergas.

Bagaimana dengan penampilan anda di luar?

Jue seorang yang ringkas. Biasanya pakai kasual dan tidak keterlaluan. Jue sukakan cermin mata dan Jue jarang bersolek kerana sukakan wajah polos.

Siapa idola anda?

Sudah tentu ibu Jue. Dia seorang yang kuat semangat dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dialah penguat semangat Jue dan semua perkara tentang diri Jue.

5 perkara mengenai Jue Aziz:
1. Lasak
2. Seronok
3. Aktif
4. Penyayang
5. Berdikari

Anda mungkin juga Meminati

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Jue Aziz</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 03:23 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Jue Aziz</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2014 03:06 AM PST


sensasi: Terapi <b>Jue Aziz</b>, memasak hilangkan stress

Posted: 01 Jan 2014 03:48 PM PST

[unable to retrieve full-text content][unable to retrieve full-text content]Apatah lagi, dalam usia yang menjangkau 30 tahun, Jue masih lagi kelihatan cantik persis kehadirannya dalam dunia hiburan sebelum ini. Jom ikuti rahsia Jue Aziz dalam menjaga kecantikan dan juga terapinya dalam menangani stress.

<b>Jue Aziz</b> Dah Ada Anak? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 11 Sep 2013 05:00 PM PDT

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Rasanya agak lama juga berita mengenai perkembangan terbaru pelakon berbakat, Jue Aziz tidak keluar di mana-mana akhbar tempatan kan? Ke mana agaknya pelakon tersebut menghilang ya?

Bagi peminat yang ingin tahu, baru-baru ini pelakon tersebut dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto comelnya bersama seorang bayi lelaki yang dipanggil sebagai Darwish.

Apa yang menghairankan OHBULAN! di sini, bila agaknya Jue Aziz berkahwin? Adakah Jue telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak media atau bayi lelaki tersebut sekadar anak angkatnya?

Melalui foto-foto yang dikongsikan, ramai juga yang ingin tahu siapakah suami pelakon tersebut?

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Jue mengaku jadi ibu susuan Darwish

Setelah meneliti setiap komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial tersebut, barulah OHBULAN! dapat jawapan yang sebenar.

Rupa-rupanya bayi comel tersebut merupakan anak angkat Jue dan pelakon itu turut mengaku telah menjadi ibu susuan Darwish.

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Apa pun, bagi peminat yang masih belum melihat foto Darwish, jom layan beberapa foto serta video comel Jue dan anaknya selepas ini.

Kredit Foto & Video : Instagram Jue Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan