Nuffnang

Ahad, 26 Januari 2014

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Cinta <b>Erra Fazira</b> & Awie Bakal Bertaut Kembali? | Oh! Artis

Posted: 23 Jan 2014 09:08 PM PST

Gabungan tiga artis popular Malaysia dalam filem Sembilu pernah menjadi fenomena sekitar tahun 90an dulu. Lakonan yang mantap Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain bakal mengamit nostalgia para peminat apabila tiga artis ini akan mempersembahkan teater muzikal bertajuk Konsert Teaterikal "Suara Kita".

Konsert teaterikal ini merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri. Konsert ini akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Bubaya, selama 7 hari berturut-turut dan ia adalah kesinambungan filem-filem Melayu pecah panggung iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria-Mariana dan Merah.

"Sewaktu program saya, 'Tunggu Sekejap' pihak TV3 buat kejutan pada saya dengan mengundag Erra jadi tetamu program tu. Sewaktu itu saya suarakan hasrat saya. Tergagap-gagap jugalah saya nak akap dengan Erra. Tak sangka dia juga menyambut baik projek ni." jelas Awie.

Difahamkan Awie juga turut meminta izin isterinya untuk bergabung dengan bekas tunangnya dalam projek ini dan isterinya telah memberikan keizinan.

"Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya, Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya harus jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang.

"Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana," kata Awie ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana Budaya, semalam.

OHMEDIA: JANGAN ADA YANG SALAH FAHAM PULA. MEREKA INI HANYA BERCINTA DALAM TEATER "SUARA KITA" SAHAJA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan