Nuffnang

Isnin, 13 Januari 2014

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Kelas <b>Hujan</b> di pentas DFP - Utusan Online

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

MASIH ingat lagi, dulu, kami pernah kena halau dengan pengawal keselamatan sebab busking di depan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)," kata Noh.

Satu ketika, itu adalah antara pengalaman yang ditempuh oleh Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas, Azham Ahmad dan Izzat Huzaini, lima anggota kumpulan Hujan.

Umpama satu pencetus semangat, siapa sangka kalau dulu ada yang menganggap mereka entah siapa-siapa, Hujan kini berdiri sebagai sebuah jenama besar dalam industri muzik Malaysia.

Dari pernah dihalau, Hujan membuktikan bahawa kumpulan mereka bukan 'sampah' dan mereka juga mampu beraksi di pentas berlabel prestij seperti Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur.

Mengukir satu lagi rekod kejayaan perjalanan seni kumpulan tersebut, Isnin lalu Hujan diberi penghargaan oleh DFP untuk beraksi di pentas itu untuk satu malam.

Disaksikan oleh hampir 900 penonton yang terdiri daripada peminat mereka sendiri, Hujan menyajikan persembahan bertenaga sepanjang kira-kira dua jam menghiburkan seisi dewan.

Merupakan kumpulan indie pertama yang diberi peluang sebegitu rupa, Hujan meneruskan legasi artis baru yang dipilih khas oleh DFP selepas kejayaan konsert Yuna, Aizat, Najwa dan Hafiz sebelum ini.

Kemas dalam persalinan suit berwarna hitam, Noh bersama sahabat seperjuangannya yang lain membuka 'gelanggang' persembahan pada pukul 8.30 malam menerusi lagu Lonely Soldier Boy.

Luar biasanya persembahan satu malam bersama Hujan ini, seleksi lagu-lagu mereka diubah kepada nuansa akustik untuk memberi kelainan kepada penonton.

Menyajikan 12 lagu kesemuanya pada malam iyu termasuk Bagaikan Matahari, Aku Yang Asing, Kotak Hati, Empayarmu dan Mencari Konklusi, Hujan mempamerkan persembahan hebat pada kelasnya tersendiri.

Meski dilihat pincang tanpa Dimas yang difahamkan punya urusan penting, Hujan bijak mencari kelainan dengan sengaja menampilkan kejutan berduet bersama Tiara Jacquelina untuk lagu Aku Skandal.

Sepanjang persembahan, selain menyampaikan lagu dengan baik, pujian wajar diberikan kepada Noh kerana dia mampu menghidupkan suasana formal dalam ruang dewan itu dengan jenaka-jenaka bersahajanya.

Tidak perlu beriya-iya menambat hati penonton, Noh dilihat selesa menjadi dirinya sendiri yang sememangnya terkenal dengan sikap gila-gilanya dalam berjenaka.

Sesekali, sempat juga Noh menyakat isteri, Mizz Nina dan keluarganya yang kebetulan hadir bersama-sama memberi sokongan persembahan Hujan, sebelum disambut hilai tawa penonton yang terhibur dengan aksi spontan Noh.

Dianggap semakin matang dalam penyampaian persembahan pentas, rata-rata penonton memuji kesungguhan Noh dan anggota band tersebut yang kemudiannya layak menerima tepukan gemuruh daripada penonton yang menikmati satu persembahan berbaloi daripada Hujan.

Hujan membuktikan, selepas hampir lapan tahun berada dalam industri, ia bukan sesuatu yang mustahil bagi sebuah band Indie seperti mereka untuk mengukir nama di pentas DFP.

Berpecah? Mungkin sudah takdir bahawa ini belum masanya lagi untuk Hujan memilih jalan berasingan selepas sebelum ini timbul ura-ura itu.

Selagi ada Raingers (peminat kumpulan tersebut), lima anak muda ini terus utuh bersatu membuktikan di mata semua bahawa musim Hujan tidak akan terhenti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan