Ning Baizura - Google Blog Search |
<b>Ning Baizura</b> launches her very own perfume – NING! » - gtalent.my - Posted: 10 Dec 2013 02:10 AM PST Tuesday, December 10th, 2013 Malaysia's sweetheart, Ning Baizura has launched her very first fragrance – NING. The fragrance embodies her personality and character. It is sophisticated yet bold, powerful yet elegant. Ning also delivered an adorable baby boy, Ryan Sky Dalton, earlier this year. Ryan was born on the 31st of January, the same day as Ning's fifth wedding anniversary. |
<b>Ning Baizura</b> Bawa Anak Bernyanyi Di Atas Pentas | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 17 Nov 2013 04:00 PM PST Sabtu lalu telah berlangsungnya konsert istimewa buat peminat setia Ning Baizura bertempat di TM Conversion Centre (TMCC), Kuala Lumpur. Konsert yang berlangsung selama tiga jam tanpa henti itu telah dibanjiri hampir 1500 penonton dan rata-ratanya kelihatan sangat terhibur dengan persembahan mantap yang ditonjolkan oleh penyanyi bersuara soprano tersebut. Malam yang bertemakan Kristal Hall itu telah menjanjikan satu persembahan yang cukup istimewa buat para peminat Ning, apabila penyanyi tersebut menampilkan putera sulungnya, Ryan Sky Dalton dan suami tercinta, Omar Sharif sebagai tetamu istimewanya, sewaktu mendendangkan tiga buah lagu yang amat bermakna buat mereka sekeluarga berjudul A Mother's Prayer, Ibu serta lagu terbarunya, Pelangi Untukmu. Luahan kasih sayang seorang ibu menerusi lagu, Pelangi Untukmu Berkongsi mengenai saat indahnya bergelar seorang ibu, Ning turut melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang cukup sempurna dan berdoa agar putera sulungnya itu akan membesar serta menjadi seorang insan yang berguna di masa akan datang.
Ning terharu dengan sokongan peminat sepanjang 20 tahun bergelar anak seni Sepanjang konsert berlangsung, Ning turut membawa para peminat mengimbau kembali kenangan indahnya sepanjang 20 tahun bergelar anak seni, dengan alunan lagu-lagu hitsnya seperti Asmara, Kau Dan Aku, Teguh, Selagi Ada, Pasti serta Bila. Menurut Ning tanpa sokongan daripada peminat, tak mungkin dia mampu bertahan sehingga kini. Sebagai ucapan terima kasih, penyanyi tersebut sanggup menghiburkan semua tetamu yang hadir menerusi 23 buah lagu tanpa rehat, dengan iringan muzik yang diketuai oleh Aylwin Santiago serta lapan pemuzik profesional. Ning menggayakan busana rekaan Shime Mandagie Untuk makluman, konsert ini turut dihadiri oleh rakan-rakan artis, antaranya Nurul Wahab, Zahida Rafik, Dafi, Shila Amzah serta Linda Onn sebagai pengacara. Untuk peminat yang tidak berpeluang menyaksikan persembahan Ning Baizura di Konsert Pelangi Untukmu Sabtu lalu, di sini OHBULAN! kongsikan beberapa foto menarik sekitar konsert tersebut untuk tatapan anda semua. Jom layan! |
You are subscribed to email updates from Ning Baizura - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan