Nuffnang

Isnin, 6 Januari 2014

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Konsert Pelangi Untukmu <b>Ning Baizura</b> | buahmulut.com

Posted: 25 Oct 2013 09:44 AM PDT

16hb November 2013, bakal mencipta satu lagi sejarah buat penyanyi Ning Baizura yang kini telah bersedia untuk membuat persembahan di TM Convention Centre


NING - Konsert Pelangi Untukmu

'Konsert Pelangi Untukmu' fokus kepada pengalaman peribadi beliau yang terkini. Dimalam itu nanti beliau akan membawa penonton menghayati beberapa peringkat perjalanan hidup yang banyak memberi makna sehinggalah menjadi seorang ibu. Konsert akan dibahagi kepada 3 segmen yang bakal menonjolkan 3 peringkat kehidupan sehingga menjadi seorang ibu. Peminat akan berkesempatan menghayati lagu-lagu klasik beliau hingga yang terkini.'

Sempena Konsert Pelangi Untukmu juga, beberapa pertandingan akan disiarkan melalui media sosial seperti di facebook Ning, Twitter dan Instagram. Pemenang bukan sahaja berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan Ning tetapi juga berpeluang untuk acara makan malam istimewa dengan Ning dan juga berpeluang memenangi tiket VIP untuk ke konsert beliau.


NING - Konsert Pelangi Untukmu

Ning juga akan memperkenalkan album terbaru beliau yang mana megandungi 3 buah lagu (single) terkini, dengan susunan muzik terbaru. Album tersebut dijangka akan dilancarkan pada Disember akan datang. Namun begitu, peminat berpeluang memiliki album dengan membeli beserta dengan tiket konsert yang bernilai RM150 setiap satu pembelian secara pakej CD dan tiket konsert. Pakej itu juga mengandungi tempat duduk eksklusif, album terbaru Ning, sekeping poster yang ditandatangani oleh Ning dan juga edisi terhad booklet Ning Baizura. Untuk makluman, tempat duduk istimewa ini hanya dapat diperolehi dengan pembelian melalui Universal Music Malaysia. Sila hubungi Nadia di nmz.ning@gmail.com untuk sebarang tempahan.

Tike-tiket biasa dengan harga RM75 dan RM50 dapat diperolehi dengan pembelian melalui Ticket Charge Hotline : +60392228811 dan www.ticketcharge.com.my

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan