Nuffnang

Isnin, 6 Januari 2014

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> tersinggung sindiran Boboi | Maharaja Lawak Mega <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 07:57 PM PST

Rentetan isu undur diri dari MLM 2013:
Nora Danish tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) yang berlangsung pada Jumaat lalu, iaitu minggu ke-5. Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik sebagai juri dalam MLM 2013.
"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah. Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," - Nora Danish
Peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton. Bagaimanapun Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.
"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya sayangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini. Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," - Nora Danish
Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.
"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut. Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" - Afdlin Shauki
Ada sesiapa yang menonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 Jumaat lepas? Bagi Yumida sendiri, melihat persembahan Boboi last week memang menghiburkan. Kelakar, ada suntikan isu penarikan diri mereka dari MLM 2013 tapi tak kesampaian. Diakui, kumpulan Boboi agak kurang menyengat dari minggu ke minggu. Cuma, minggu ke-5 tu memang kelakar. Lawak mereka ada berbaur sindiran. Hahaha… Sesiapa yang terlepas menyaksikan MLM 2013 minggu ke-5, anda boleh menyaksikan persembahan mereka secara tonton online. Klik: Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan