Nuffnang

Ahad, 16 Februari 2014

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> luah emosi – Perak Today

Posted: 12 Nov 2013 07:42 PM PST

alyah

Gosip kononnya penyanyi Alyah, 32, menjalin hubungan cinta dengan komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS sudah lama bertebaran.

Namun, hingga kini, cerita itu masih belum terbukti kesahihannya. Baik Alyah atau Ramli, masing-masing enggan mengulas lanjut mengenai cerita itu walaupun dihujani pertanyaan setiap kali bertemu media.

Bagaimanapun, apabila secara tiba-tiba penyanyi Kisah Hati itu mengaku ada cinta dalam hati, pasti ramai yang ingin tahu apakah Alyah sudah bersedia untuk mendedahkan segala-galanya?

Selepas dirisik, rupa-rupanya perasaan cinta yang dimaksudkan Alyah adalah judul single terbarunya, Ada Cinta.

"Selepas lagu Permata, saya kembali dengan lagu berjudul Ada Cinta hasil ciptaan Manusia Putih. Lirik pula ditulis Budi Hekayat bersama saya. Alyah harap lagu ini dapat diterima ramai kerana melodi dan liriknya cukup puitis," katanya sambil mengakui lagu melankolik itu cukup mencabar vokalnya.

Pertama kali menulis lirik dalam lagu dendangannya, Alyah berkata, ia bukanlah perkara mudah.

"Pengalaman menulis lirik lagu ini memang luar biasa. Bayangkan, saya terpaksa menyunting dan membetulkan struktur ayat sebanyak empat kali supaya kedengaran lebih sesuai," katanya sambil memperdengarkan lagu itu kepada penulis.

Banyak lagu untuk album baru lesap

Dengan lagu Ada Cinta, sudah banyak single yang dihasilkan penyanyi berhijab ini. Bila pula Alyah mahu menghasilkan sebuah album baru? Kali terakhir dia muncul dengan album solo adalah lima tahun dulu melalui album berjudul Alyah.

"Bukan tidak mahu buat album baru, saya menghadapi masalah apabila kebanyakan rakaman asal single hilang. Disebabkan itulah, pembikinan album baru terpaksa ditangguhkan.

"Bagaimanapun, saya tetap berusaha mencari jalan untuk menggantikan kembali rakaman asal yang hilang melalui pelbagai cara," katanya.

Pencalonannya dalam peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-28 membuahkan hasil apabila lagu Permata yang didendangkan bersama Ben melepasi senarai awal dalam saringan peringkat pertama, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, penyertaannya menerusi lagu lama yang diberi nafas baru itu menimbulkan pertikaian kerana ia dilihat tidak adil untuk pencipta lagu lain yang tampil dengan lagu hasil idea asal.

Menjawab persoalan itu, Alyah berkata, dia mahu mengetengahkan lagu Permata kerana ketika dia muncul dengan single itu lebih sedekad lalu, lagu itu tidak mendapat perhatian.

"Lagipun, lirik lagu itu menggambarkan kejayaan individu selepas melalui pelbagai dugaan dan rintangan. Ia situasi sama seperti yang saya lalui sebelum ini.

"Lirik itu memang sangat bermakna buat saya. Selepas meminta kebenaran daripada label yang menerbitkan lagu itu, sayapun merakamkan single terbabit.

"Saya membuat sedikit perubahan dari segi muzik dan menyelitkan eleman rap yang disampaikan bekas peserta Idola Bintang Kecil, Ben," jelas Alyah.

-Berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan