ramlah ram - Google Blog Search |
<b>Ramlah Ram</b> Tidak Rasa Susah Bawa Gelaran Janda – Perak Today Posted: 20 Feb 2013 01:42 AM PST Penyanyi Ramlah Ram tidak terganggu dengan status janda yang digalasnya selama hampir tiga tahun. Sebaliknya, Ramlah, 47, berkata, kehidupan itu membolehkan dia memberikan tumpuan penuh pada kerjaya dan keluarga. "Saya tidak rasa susah pun (bergelar janda). Saya reda dengan apa yang sudah terjadi (perceraian) dan lalui kehidupan seperti biasa. "Kerjaya saya sibuk jadi tidaklah berasa sunyi sangat. Lagipun saya banyak isi masa bersama ibu dan keluarga," katanya kepada mStar Online. Ramlah ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Aspirasi Hati bertempat di Neway Karaoke Box di Fahrenheit 88, Bukit Bintang di sini, petang Selasa. Pada majlis sama, kelab peminat Ramlah Ram Group (RRG) turut meraikan sambutan hari lahir ke-47 penyanyi dari Muar, Johor itu yang jatuh pada Selasa. Ramlah dan bekas suami Kamal Roslim, seorang Penerbit Sukan RTM bercerai pada 20 Mei 2010. Mereka berkahwin pada 3 November 2000 di Muar, Johor. Diusik mengenai pengganti, Ramlah berkata, pada usia mencecah lewat 40-an dia lebih senang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. "Bukan kata sudah serik (kahwin semula) cuma saya tak nak fikirkan. Kalau ada, adalah. "Siapa kita untuk kata tidak kalau esok lusa ada jodoh baharu pula," luahnya yang mengakui lebih berhati-hati dalam mengenali lelaki susulan keretakan rumah tangga lalu. Beralih pada album, Ramlah berkata, dia berasa sebak dan terharu dengan usaha kelab peminatnya yang bersungguh-sungguh menampung kos penerbitan sebanyak RM75,000 itu. "Ini (album) adalah hasil usaha peminat yang bersungguh-sungguh dan ikhlas menyiapkan segala-galanya. "Saya terharu dan sebak dengan hasrat mereka yang mahu saya mengeluarkan album selepas tiga tahun. "Saya tidak ambil keuntungan album ini nanti tetapi dimasukkan ke dalam tabung RRG untuk kegunaan akan datang," terangnya. Album yang memuatkan 12 trek lagu itu dipasarkan sejak November tahun lalu edaran FMC. Antara lagu yang dipertaruhkan adalah Sesaat Kau Datang menampilkan kumpulan SleeQ, Takdir Cinta duet bersama protegenya Ana Syuhada, Seandainya dan 5:00 Minit menampilkan penyanyi rap Caprice yang sedang popular di corong-corong radio. -mStar |
You are subscribed to email updates from ramlah ram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan