Nuffnang

Jumaat, 28 Februari 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Bersikap Profesional Dengan Umie Aida – Perak Today

Posted: 22 Mar 2013 10:24 PM PDT

Pelakon dan penyanyi Aqasha berkata dia perlu bersikap profesional apabila pengarah drama Erma Fatima mahu menggandingkannya dengan Datin Umie Aida dalam drama terbaharu berjudul Aku Tahu.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, menjelaskan, dia langsung tidak berasa kekok digandingkan dengan Umie di set penggambaran kerana dia sudah maklum terhadap tanggungjawab yang diberikan.

"Saya dan Umie sentiasa bersikap profesional ketika berada di set penggambaran dan kami langsung tiada masalah bergandingan bersama.

"Tambahan pula beliau adalah antara pelakon yang saya kagumi," jelasnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aqasha dan Umie pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta semasa zaman bujang sewaktu bergandingan dalam filem Embun pada tahun 2002.

Dalam pada itu, Aqasha berkata, dia kini lebih memilih watak yang ditawarkan kerana ingin menjaga hati isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 30.

Jelas Aqasha, sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata, dia berasakan sudah tiba masanya untuk mengelak daripada mengambil terlalu kerap watak-watak lelaki romantik demi mengelakkan salah faham di antaranya dengan isteri.

"Saya ingin menjadi seorang suami yang bertimbang rasa terhadap isteri kerana tidak mahu salah faham timbul walaupun dia tidak pernah cakap apa-apa.

"Sebab itu saya ingin mengurangkan watak-watak lelaki romantik atau pun menjadi kekasih dalam sesebuah drama," ujarnya.

Sementara itu, Aqasha berkata, selain lakonan, dia kini banyak menumpukan perhatian kepada syarikat produksi bersama rakan kongsinya iaitu Sein dan Zain daripada kumpulan Ruffedge yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

Selain menumpukan kepada penerbitan video korporat dan pasca penerbitan, mereka sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem dalam tahun ini.

"Insya-Allah jika tiada halangan kami akan memulakan projek filem itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan kini ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

-mStar

<b>Aqasha</b> Amal Sikap &#39;Pilih Bulu&#39; Dengan Pelakon Baharu - myNewshub

Posted: 13 Jan 2014 09:20 PM PST

Kebolehan aktor ini dalam menjayakan wataknya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ini kerana Aqasha juga dikenali sebagai salah seorang pelakon yang sangat menjiwai watak yang diberikan, berilah apa sahaja watak, pasti akan dijayakan dengan penuh cemerlang.

Namun, jika dilihat kebelakangan ini, kelibatnya di kaca tv sudah semakin berkurangan.

Menjawab perkara itu, Aqasha berkata kepada mStar yang kini dia mengamalkan sikap pilih bulu terhadap pelakon wanita baharu yang ingin digandingkan bersamanya pada masa hadapan.

Tindakan pelakon berusia 32 tahun ini bukan bermaksud dia mempertikaikan bakat pelakon-pelakon baharu, sebaliknya disebabkan faktor usianya yang semakin matang.

"Keadaan fizikal saya sudah berubah dan lebih matang berbanding 10 tahun dahulu. Sebab itu, saya agak memilih kerana tidak mahu ia nampak janggal sekiranya digandingkan dengan pelakon yang jauh lebih muda daripada saya," jelasnya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga mendedahkan dia enggan lagi berlakon dalam drama bertemakan cinta dan ingin memberikan fokus kepada genre drama berbeza selepas ini untuk mempelbagaikan lagi variasi watak yang boleh dijayakannya.

Dalam pada itu, Aqasha kini sibuk mengusahakan syarikat produksinya sendiri bersama rakan kongsi, Syed Hussein dan Zain Hamid iaitu Camwerk Studios.

Mereka bakal menerbitkan filem terbaharu berjudul Penculikan Amar Affendi yang akan dibintangi oleh Maya Karin, Zain Hamid, Sofi Jikan dan Nam Ron.

Oleh: AUDREY LEE

Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan