awi rafael - Google Blog Search |
Video: Hanez Malu Bertentang Mata Dengan <b>Awi Rafael</b> | MyArtis <b>...</b> Posted: 28 Jan 2014 02:54 AM PST Video: Hanez Malu Bertentang Mata Dengan Awi Rafael Walaupun hubungan cinta di antara mereka sudah pun putus, namun baik Hanez Suraya mahupun Awi Rafael kelihatan sungguh profesional apabila diminta berdiri bersebelahan satu sama lain, baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan oleh Media Hiburan, dapat dilihat Hanez kelihatan malu-malu sedikit namun mereka tetap memberikan kerjasama yang baik terhadap media yang cuba menyiapkan tugasan mereka. Mereka kebetulan berada dalam satu majlis yang sama iaitu Anugerah Juara Lagu di mana Awi berjaya merangkul tempat ketiga bersama rakan duetnya, Altimet menerusi lagu Kalau Aku Kaya manakala Hanez hadir bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan artis yang bertanding. Memandangkan ini merupakan pertemuan pertama mereka selepas berpisah, kedua-duanya kelihatan sedikit kekok namun masih sempat mendoakan kejayaan karier masing-masing. Macam ni lah baru profesional! Oleh: AUDREY LEE Anda mungkin juga meminati: |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan