Nuffnang

Rabu, 12 Februari 2014

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Forteen masih dibayangi <b>KRU</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 07:02 PM PST


TIDAK keterlaluan jika dikatakan, kehadiran kumpulan yang mempertaruhkan vokal sebagai tonggak utama dalam memperjuangkan nyanyian dan muzik dilihat semakin berkurangan jika hendak dibandingkan dengan lambakan band-band Indie di negara kita.
Bagaimanapun, situasi tersebut dilihat semakin tenat apabila kumpulan-kumpulan ini gagal untuk tampil dengan identiti baharu yang lebih segar. Lebih memburukkan keadaan apabila kumpulan tersebut dibayangi oleh sebuah kumpulan yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Fenomena tersebut boleh disimpulkan melalui kemunculan album EP (extended play) oleh kumpulan Forteen berjudul Kita - EP. Album yang mengandungi enam buah lagu ini terlalu tepu dengan 'bayangan' KRU sehingga menenggelamkan konsep asal kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameer), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue) itu.
Lagu-lagu seperti Kita, Dikau Sahaja dan Berdua Bersatu merupakan antara rendisi Forteen yang kedengaran mirip KRU. Tidak lari daripada komposisi yang biasa didengar, ketiga-tiga melodi trek tersebut kedengaran seperti dikitar semula. Kulit album juga direka sama seperti album KRU sebelum ini berjudulKrunomena.
Dari segi vokal, album ini boleh dikatakan selamat oleh kehadiran Ariz dan One yang menyanyikan hampir kesemua bahagian pada setiap lagu. Hanya sebuah lagu sahaja yang dibawa secara solo oleh Izzue iaitu Tidak Pernah Berjumpa.
Entah di mana silapnya, percubaan pertama empat orang anak muda ini kurang memberangsangkan. Sebagai album debut, kekuatan vokal yang dipersembahkan lemah dan pengolahan lagu-lagu dalam EP ini terlalu mendatar.
Album ini tidaklah gagal. Mungkin ia merupakan buah tangan yang sangat dinantikan oleh para peminat. Cuma lain kali, cuba lari daripada apa yang telah dilakukan KRU sebelum ini. Pendengar mahukan Forteen, bukan kumpulan KRU versi remaja.

Nick Ah Jiz; Bukan setakat <b>KRU</b>, P.Ramlee pon kalah....

Posted: 25 Dec 2013 02:36 AM PST


Namun pihak kerajaan Barisan Nasional jugalah yang tampil membantu mengeluarkan RM200juta untuk pembinaan fasa pertama lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Mana peginya macai-macai pembangkang yang ego tahap gaban mengatakan nak bina guna duit sendiri? Berhambur fitnah dan tohmahan ditujukan kepada kerajaan BN sebelum ini; akan tetapi apabila RM200juta diperuntukkan oleh kerajaan yang dihina puak pembangkang ini, mereka tiba-tiba senyap menyepi. Puak pembangkang sangat hebat dalam berkata-kata; bangkang dan kutuk kerajaan mengenakan cukai. Tetapi bila nak bina lebuhraya sepanjang cuma 7km sahaja, tau pon tak mampu dan kutip duit rakyat la pulak. 
Lebih kurang RM2juta lebih duit rakyat dikutip, entah mana perginya nanti duit tersebut disorok setelah kewujudan bantuan kerajaan pusat RM200juta? Guna untuk pergerakan kempen, tapi declare sebagai pergerakan rasmi? Puak PAS kalau boleh tak nak hebahkan pasal bantuan kerajaan supaya mereka boleh bagitau seluruh dunia bahawa lebuhraya tersebut dibina tanpa bantuan kerajaan pusat.
Memang betul la; Nick Ah Jiz ni bukan setakat 'janji tinggal janji', tapi dah mengalahkan skill P.Ramlee...
"MESTI PANDAI PEMBOHONG...MESTI PANDAI TEMBERANG..."  

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesiapa yang dibebankan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan