Nuffnang

Isnin, 17 Februari 2014

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Hamil 3 Bulan - Gua.com.my

Posted: 15 Jan 2014 12:27 AM PST

Langsung tidak menyangka untuk berbadan dua di usia 40 tahun, Didie Alias berkongsi berita gembira yang dia kini sedang hamil tiga bulan. Didie berkata dia berdebar dengan kehamilan kali ini kerana kali terakhir dia berbadan dua ialah 15 tahun lalu.

"Saya tidak kisah tentang jantina bayi, asalkan kandungan semuanya selamat dan berjalan lancar. Ini kerana mengandung di usia begini memang tidak dinafikan banyak risikonya. Alhamdulillah setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik," ujar Didie ketika dihubungi oleh GUA sebentar tadi.

Cerita Didie lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk, sebaliknya hanya mengalami masalah sedikit loya ketika di awal kehamilan.

Memilih untuk merahsiakan kehamilan sehingga kandungan mencecah usia tiga bulan, Didie memberitahu ramai yang menegur susuknya yang kini semakin berisi. Ketika mula disahkan mengandung berat Didie adalah sekitar 49 kilogram, tetapi kini beratnya sudah mencapai 58 kilogram.

"Selera makan saya semakin bertambah dan kadang kala saya merasa lapar di tengah-tengah malam dan mengajak suami keluar makan. Berat badan saya kini sudah mencecah 58 kilogram, sedangkan dahulu hanya 49 kilogram. Bagaimanapun, berat badan saya pernah mencecah 60 kilogram ketika kehamilan dahulu. Tetapi itu pun ketika kandungan sudah mencecah sembilan bulan. Selera saya sekarang ini lebih kepada makanan Jepun seperti Sushi dan Teppanyaki," uajr Didie.

Bercerita tentang penerimaan anak-anaknya yang lain, Didie berkata mereka begitu gembira menanti kehadiran adik bongsu mereka itu. Menurut Didie, ibu mertuanya merupakan insan paling teruja menerima perkhabaran gembira tersebut.

"Ibu mertua saya kerap kali menelefon bertanyakan khabar serta jika saya teringin untuk makan sebarang jenis masakan. Baru-baru ini saya teringin makan sejenis lauk  dan apabila diberitahu kepada ibu mertua saya, dia terus memasaknya untuk saya," ujar Didie mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan