Nuffnang

Isnin, 17 Februari 2014

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> & Puteri Sarah Sah Nikah 8 Mac | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 10:30 PM PST

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Nikah 8 Mac

Sejak tersebarnya gambar Puteri Sarah Liyana dirisik oleh kedua orang tua Syamsul Yusof pada bulan Januari lalu, ramai yang berspekulasi mengenai tarikh pernikahan pasangan ini.

Sebelum ini juga Datuk Yusof Haslam dan isterinya Datin Patimah Ismail telah mengumumkan bahawa anak mereka akan dinikahkan dengan Sarah pada bulan Februari.

Bagaimanapun berita terkini yang dilaporkan oleh mStar Online hari ini memberitahu pasangan selebriti itu telah memilih 8 Mac 2014 sebagai tarikh ijabkabul dan majlis itu akan dilakukan di Masjid Sri Damansara jam 10 pagi.

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Nikah 8 Mac

Puteri Sarah bersama ibu bapa Syamsul sewaktu majlis merisiknya

Malam harinya pula akan diadakan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan di Pusat Konvensyen Setia City dengan bertemakan Islamic Arabian Night.

Menurut ibu Syamsul, tema tersebut merupakan permintaan Syamsul sendiri kerana ingin memakai jubah di hari bahagianya.

Manakala pihak keluarga Syamsul telah sepakat untuk mengadakan majlis sambut menantu untuk pengarah muda itu dan adiknya, Syafiq sekaligus pada 18 April 2014 di Dewan Perdana Felda jam 8 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan