Nuffnang

Isnin, 10 Februari 2014

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Inspirasi Fesyen Selebriti <b>Elfira Loy</b> - 6 Gaya Pilihan! | Wanista <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2014 11:14 PM PST

Pelakon dan pengacara muda yang amat berbakat ini bukan sahaja hebat di dalam bidang seni, bahkan handal di dalam berfesyen. Elfira Loy , 19 tahun, membuat penampilan sulungnya di dalam telefilem  Cinta Itu Buta di mana beliau berlakon sebagai seorang gadis sekolah dan tidak menoleh ke belakang lagi dalam mengembangkan karier seninya.

Beliau dikenali kerana peranannya sebagai Qalesya di dalam drama hit Qalesya dan Amirah di  dalam siri drama Disney : Waktu Rehat. Gadis comel yang kini melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti KDU gemarkan fesyen sesuai dengan umurnya serta dilihat sering berkongsi gambar padanan pakaian di laman sosial Instagram miliknya. Kami ingin berkongsi dengan pembaca inspirasi gaya fesyen Elfira Loy yang boleh anda cuba.

1. Ranggi – Elfira bijak menggayakan boyfriend jeans dengan baseball top/jersey yang nampak smart. Ditambah pula dengan kasut boots berwarna merah jambu untuk menunjukkan sisi feminin gaya ini. Bagi anda yang ingin mencuba gaya ini, padanan floral baseball top amat sesuai.

photo 2 (1)

fesyen-elfira-loy-5

2. Elfira dilihat memadankan cardigan dengan high waisted jeans yang nampak sopan tetapi dalam masa yang sama menyerlah. Padankan dengan kasut bertumit tinggi hitam, wah menyerlah!

photo 2 (2)

fesyen-elfira-loy-2

3. Anggun dengan warna pastel. Padanan tona warna pastel nampak lembut dan menawan. Di dalam gambar yang dikongsikan oleh Elfira ini, beliau memadankan dengan tas tangan berwarna ungu terang yang menonjol. Kami suka!

photo 5

fesyen-elfira-loy-6

4. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang gaya Elfira kali ini adalah androgynous. Walaupun nampak maskulin, tetapi dalam masa yang sama ada sisi feminin dengan penggunaan kot berwarna merah jambu. Kasut Mary Jane dari Dr. Martens sesuai dipadankan dengan gaya ini.

photo 1 (2)

fesyen-elfira-loy-3

5. Comel! Padanan top berwarna putih dengan seluar floral nampak amat serasi dan santai. Anda boleh memilih sama ada ingin memakai seluar dengan potongan lurus, palazzo, cigarette pant dan sebagainya. Tops juga tidak terhad dengan penggunaan warna putih. Bagi anda yang ingin nampak menonjol, padankan dengan top berwarna terang atau neon.

photo 1 (1)

fesyen-elfira-loy-4

6. Di dalam gaya pilihan terakhir ini, Elfira dilihat menggayakan warna merah jambu pastel. El memilih untuk mengenakan jeans/seluar yang sama tona warna dengan topnya tetapi dipadankan dengan cardigan/kot bercorak bunga-bungaan. Akhir sekali, El menambah seri gayanya dengan pemakaian aksesori seperti rantai dan juga kacamata hitam.

photo 1 (3) fesyen-elfira-loy-1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan