Nuffnang

Isnin, 10 Februari 2014

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Saya Nak Bahagiakan Ibu Bapa Saya - <b>Zizan Razak</b> | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2014 10:28 PM PST

Saya Nak Bahagiakan Ibu Bapa Saya   Zizan Razak

Bak kata pepatah 'kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa'. Berkat daripada menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada ibunya, pelawak terkemuka tanah air, Zizan Razak telah dinobatkan sebagai bintang 'Top Top MeleTOP' kategori lelaki bagi Anugerah Meletop Era (AME) semalam.

Artikel Berkaitan : Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop Era

Lebih mengujakan, Zizan Razak juga bakal menerima RM35,000 hasil daripada jumlah 4 buah kategori yang dirangkul olehnya iaitu Anugerah Top Top Meletop (Lelaki), Anugerah Fesyen Meletop, Anugerah Bintang Siber Meletop dan Anugerah WeChat Meletop.

Saya Nak Bahagiakan Ibu Bapa Saya   Zizan RazakAksi Zizan apabila dinobatkan sebagai bintang 'Top Top Meletop'

"Ibu dah minta lama dah suruh saya belikan handphone baru. Jadi, saya belikan telefon Sony Xperia. Masa saya nak beli, saya call dia saya tanya nak warna apa, dan ibu cakap nak warna hitam. Saya cakap warna hitam dah habis. Tapi bila saya balik dan dia buka hadiah, dia terkejutlah dengan surprise saya'

Zizan Razak turut menambah bahawa ibu bapa dan keluarga merupakan perkara terpenting dalam kehidupannya buat masa sekarang. Dia mahu memberikan kesenangan kepada mereka yang selama ini telah membesarkan dirinya.

"Saya nak tengok mereka senyum dan senang macamana mereka layan saya masa kecil. Apa yang saya nak, saya dapat. Walaupum tak mewah, tetapi saya tak susah. Bakat saya ini dikurniakan oleh Allah SWT. Tak perlu ada diploma atau ijazah. Jadi, tak salah saya nak senangkan mereka."

Saya Nak Bahagiakan Ibu Bapa Saya   Zizan RazakZizan Razak dan pasangan duetnya Kaka turut mengiburkan penonton dengan lagu 'Infiniti Cinta'

Sebelum ini, Zizan juga telah menghadiahkan sebuah rumah buat ibu bapanya di Terengganu. Namun menurutnya, mereka masih belum lagi berpindah ke rumah baru yang sudah siap semenjak tahun lepas itu.

Dalam pada itu, Zizan juga tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminatnya, terutama kepada Zizan True Fans (ZTF), Jozan FC, Johan FC, dan tidak ketinggalan Emmavengers.

"Tapi paling saya terkejut bila menang untuk kategori fesyen semalam, sebab saya rasa fesyen saya bersepah. Saya cuma suka fesyen yang lebih remaja. Saya tak pergi beli produk high-end, cuma ambil fesyen terbaru dari Jepun. Dan semestinya, saya tak sangka dapat anugerah Top Top Meletop memandangkan persaingan sengit."

Dalam perkembangan terbaru, Zizan juga memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk dalam sesi penggambaran filem Cicakman 3D.

Memang Emma Ada Datang Rumah Saya - <b>Zizan Razak</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2014 09:00 AM PST

Memang Emma Ada Datang Rumah Saya   Zizan Razak

Baru sahaja senyap isu mereka bercumbuan dalam kapal terbang, timbul pula satu lagi kontroversi yang melibatkan pelawak terkemuka tanah air, Zizan Razak dengan pelakon cantik, Emma Maembong.

Artikel Berkaitan: Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma

Kontroversi terbaru ini mula menjadi buah mulut orang ramai apabila sebuah portal hiburan tempatan telah menyiarkan sebuah kiriman e-mel yang mengatakan bahawa Emma dan Zizan telah bersekedudukan.

Lebih memburukkan lagi situasi, pengirim yang mendakwa dirinya sebagai jiran kepada pelawak terkenal itu turut memberitahu bahawa perkara tersebut telah berlarutan hampir 6 bulan.

Memang Emma Ada Datang Rumah Saya   Zizan Razak

Aksi Zizan dan Emma ketika red carpet Anugerah Meletop Era

Bagaimanapun, Zizan ketika ditemui di Anugerah Meletop Era (AME) Sabtu lalu tidak menafikan bahawa Emma pernah datang ke rumahnya.

"Saya mengakui Emma memang pernah datang rumah, tetapi masa abah dan ibu saya ada. Takkan masa orang tiada dia nak datang pula. Sebab orang kenal dia, saya pun orang kenal, takkan nak buat macam itu?"

Terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan, Zizan meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan individu tersebut yang seolah-olah sengaja ingin menjatuhkannya.

"Kalau dia nak tegur saya, kenapa tak datang terus kepada saya? Kenapa nak hantar e-mel dekat wartawan? Daripada segi dia cerita macam Islamik sangatkan? Kalau betul Islamik, menegur ini biar berbisik daripada orang mendengar, ini dia menghebahkan pula, saya pun tak fahamlah."

Zizan juga memberitahu, mustahil dia akan melakukan perkara seperti yang didakwa kerana pembantu peribadi dan abangnya turut tinggal serumah dengannya.

"Pada saya kita ada lovers kita ada haters. Bagi haters, kita buat baik, dia menyampah juga. Entah apa yang tidak kena. Jadi, sama ada saya boleh handle atau tidak perkara ni, melenting atau tidak , tahu bawa diri atau tidak.

Kalau nak suruh kami ke arah lebih serius pun janganlah buat macam ini. Doakan yang terbaik untuk kami."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan