Nuffnang

Selasa, 18 Februari 2014

Mawi af - Google Blog Search

Mawi af - Google Blog Search


Makin Suram, Kini <b>Mawi</b> Cuba Tumpang Populariti AC Mizal <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 07:38 PM PST

Makin Suram, Kini Mawi Cuba Tumpang Populariti AC Mizal?

Sebut saja nama Mawi, pastinya kita dapat mengimbas kembali fenomena 'Tsumawi' yang pernah menjadi bualan seluruh negara suatu ketika dulu.

Namun, Asmawi Ani atau lebih mesra dipanggil Mawi ini sudah jarang mendapat liputan media dan dia dilihat seolah-olah sudah tidak aktif menyanyi.

Baru-baru ini Mawi muncul dengan single terbaru berjudul Al Haq duet bersama Dato AC Mizal, tetapi ada pihak yang mengkritik Mawi menumpang populariti pengacara popular itu.

Makin Suram, Kini Mawi Cuba Tumpang Populariti AC Mizal?

Mawi ketika ditemui di sidang media pelancaran program 'Jemput Masuk Cef' berkata pasangan duet dalam lagu tersebut dipilih atas permintaan produser dan dia menggunakan kesempatan itu untuk berduet bersama AC.

Populariti itu penting dan ia adalah satu perkara yang baik kerana dalam industri kita perlukan populari itu. Seperti yang pernah saya alami dulu, bila ada rakan artin yang berduet, pasti akan timbul isu menumpang populariti saya.

Dato AC popular sekarang, jika diberi apa pun pasti akan menjadi selain keunikkan dia 'rapping' dengan cara yang tersendiri dan Alhamdulillah single Al Haq diterima baik oleh masyarakat.

Pelantun lagu 'Angan Dan Sedar' tersebut turut menafikan dia sudah berhenti menyanyi, sebaliknya Mawi kini sedang giat menguruskan perniagaan barangan kesihatan miliknya selain sibuk dengan urusan keluarga.

Saya tidak pernah meninggalkan bidang nyanyian dan akan tetap menyanyi selagi ada permintaan kerana ia sememangnya minat saya.

Saya wujud dalam industri ini adalah kerana nyanyian dan ia merupakan minat yang sudah sebati dalam diri saya, jadi, tak timbul isu saya tinggalkan bidang nyanyian, cuma kini saya lebih fokus kepada perniagaan.

Dalam pada itu, Mawi berkata dia dan isterinya Ekin akan muncul dalam salah satu episod 'Jemput Masuk Chef' yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan