Nuffnang

Khamis, 6 Februari 2014

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Nad Zainal Bakal Ganti <b>Neelofa</b>? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 26 Dec 2013 04:00 PM PST

Nad Zainal Bakal Ganti Neelofa?

Umum tahu selebriti popular, Neelofa bakal menjalani kursus jangka pendek di Sekolah Filem & Lakonan Akademi New York (NYFA) bermula Januari depan. Dan jika tak silap, Neelofa sepatutnya sudah pun berangkat semalam (27 Disember) menerusi laporan sebuah portal berita tempatan.

Namun, selepas pemergian Neelofa ke luar negara, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan oleh pengacara ini untuk program hiburan, Meletop?

Bagi yang menonton Anugerah Skrin 2013 (ASK) sekitar bulan November lepas, kami pasti anda masih ingat persembahan Nad Zainal sebagai pengacara ketika digandingkan bersama Faizal Ismail dan juga Awal Ashaari, kan?

Nad Zainal Bakal Ganti Neelofa?

Nabil dan Neelofa (dua dari kanan) dalam program hiburan, Meletop

Walaupun baru sekali mengacarakan anugerah yang besar, bekas pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini telah membuktikan bahawa dia juga mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan selain berlakon.

Menurut sumber-sumber terapat, selepas penampilannya yang mantap dan berjaya menarik perhatian penonton di ASK 2013 yang lepas, pelakon genit Nad Zainal dikhabarkan bakal menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Neelofa.

Bukan setakat itu saja, terdapat juga ura-ura mengatakan program hiburan Melodi (TV3) dan Galaksi (TV9) turut berminat untuk mengambil Nad Zainal sebagai pengacara bagi rancangan tersebut.

Jadi apa kata anda? Anda rasa, sesuaikah Nad Zainal mengembangkan kerjayanya didalam bidang pengacaraan pula selepas ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan