Nuffnang

Ahad, 16 Mac 2014

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Kontroversi skandal: Karier <b>Adi Putra</b> suram? – Perak Today

Posted: 12 Mar 2014 08:54 PM PDT

adi putra 1

SEKITAR akhir tahun lalu, nama Adi Putra menjadi perhatian ramai selepas seorang lelaki mendakwa aktor itu mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Namun, selepas didapati tidak bersalah, nama Adi terus sahaja senyap dari sebarang publisiti termasuk karier seninya membuatkan ramai yang merasakan kariernya semakin suram kerana kontroversi itu.

Bagaimanapun, hakikatnya, Adi melahirkan rasa syukur kerana kehidupannya kini bertambah baik.

Enggan mengulas berkaitan perkara lalu, dia yakin setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

"Setiap ujian yang datang daripada ALLAH itu, pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang bertambah baik.

Tahun ini memberi satu permulaan yang baik kepada saya," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan, Isnin lalu.

Menurut Adi selain sibuk menguruskan perniagaan baharu iaitu pakej umrah, perkhidmatan dan penghantaran barang ke luar negara.

"Sekarang, saya menguruskan pakej umrah di bawah syarikat saya, Hadid Travel & Tours dan jemaah pertama yang akan berangkat pada 13 Mac ini.

"Saya juga akan jalankan perkhidmatan penghantaran barang dari Malaysia ke United Kingdom juga ke China di bawah pengurusan syarikat Malaysia2u.com," katanya yang juga bakal melancarkan produk sendiri berasaskan kolegen, tidak lama lagi.

Menurut Adi, dia juga akan terlibat dengan banyak program yang berkaitan kerohanian.

"Saya terpanggil untuk bersama-sama menyertai program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul ini, dan saya harap selepas ini jika ada kelapangan saya akan turut serta dalam majlis sebegini," katanya.

Tak tinggal lakonan

Walaupun sudah menceburi dunia perniagaan, Adi memberitahu itu tidak bermakna untuk dia tekad tinggalkan dunia lakonan.

Bagaimanapun, menurut Adi, dia akan mengehadkan daripada mengambil tawaran lakonan.

"Saya akan terus dalam industri namun, akan mengehadkan aktiviti lakonan. Mungkin selepas ini saya akan ambil tawaran setahun satu filem. Ia adalah dua bidang yang penting dan sejajar dengan jiwa saya.

"Lagipun, saya masih baharu dalam perniagaan dan saya harap dapat memberikan sedikit tumpuan kepada perniagaan pula," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran filem biografi pahlawan dan askar Malaysia, Kanang Anak Langkau memegang watak sebagai Kopral Omar.

Dalam perkembangan lain, Adi bakal terlibat dalam 'Teater Dibawah Lindungan Kaabah', di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei ini.

-Sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan