Nuffnang

Ahad, 16 Mac 2014

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


punca noh <b>hujan</b> dedah hasrat untuk berhenti <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 12 Mar 2014 12:12 AM PDT

Sebagaimana yang kita tahu, Mizz Nina telah mengumumkan yang dia mahu berhenti melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Terbaru, suaminya Noh Hujan atau Noh Salleh memberitahu ketika sidang media prebiu single terbarunya berjudul 'Angin Kencang', dia juga berkemungkinan akan berhenti melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan muzik.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Menurut Noh, isterinya itu ada memberi 'hint' meminta dirinya meninggalkan dunia nyanyian. Namun jelas Noh lagi, belum sampai masa untuk dia bertindak begitu. Noh mengakui bukan mudah untuk dia berbuat demikian kerana sudah melibatkan diri dalam dunia muzik hampir 10 tahun. Jelas Noh dalam portal hiburan GUA:

mizz nina dan noh hujan

"Saya pernah fikirkan mengenai perkara yang sama (berhenti menyanyi). Nina juga seakan-akan pernah memberikan 'hint' untuk saya berhenti. Namun begitu, dia faham situasi saya dan saya pun faham apa yang dia maksudkan," ujar penyanyi lagu 'In Love With You' bersama Aizat Amdan ini.

"Saya sudah melibatkan diri dalam muzik hampir 10 tahun, perkara ini sudah menjadi kemahiran dan passion saya. Jadi, apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah memperlahankan aktiviti muzik," ujar Noh menafikan Mizz Nina mendesak dirinya untuk terus berhenti melibatkan diri dalam bidang muzik.

"Nina tidak pernah desak saya untuk terus berhenti. Mengenai keputusan dia untuk berhenti menyanyi, saya sokong. Apa-apa keputusan yang dia lakukan, saya akan memberikan sokongan penuh. Dia telah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu terlibat dalam bidang nyanyian, jadi saya hormat dengan pendirian Nina," ulas Noh lagi.

Selepas lapan tahun bersama kumpulan Hujan, Noh bakal muncul bersama album solonya sendiri. Mengandungi lima buah lagu, inspirasi Noh untuk menghasilkan album ini adalah datang daripada isterinya.

"Nina menjadi inspirasi utama saya. Di samping itu, perjalanan yang saya tempuhi bersama kumpulan Hujan juga menjadi salah satu pengaruh. Nina sudah mendengarkan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album. Dia sukakan lagu-lagu tersebut. Dia juga berada di sisi saya sepanjang pembikinan album ini," ujar Noh.

p/s: Tak apa, perlahan-lahan.. Insya ALLAH…

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Noh <b>Hujan</b> Mungkin Berhenti Menyanyi, Ikut Langkah Hijrah Mizz Nina

Posted: 11 Mar 2014 09:20 AM PDT

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui tidak mustahil sekiranya dia berhenti melibatkan diri di dalam bidang nyanyian pada masa akan datang nanti.

Noh, 29, berkata, ini kerana isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab telah memberikan bayangan supaya penyanyi itu memperlahankan karier muziknya.

Noh Hujan Mungkin Berhenti Menyanyi, Ikut Langkah Hijrah Mizz Nina

Noh Hujan Mungkin Berhenti Menyanyi, Ikut Langkah Hijrah Mizz Nina

"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.

"Tetapi apa yang saya boleh buat selepas itu, saya pun tidak pasti. Ini kerana, muzik bukan sekadar minat dan jiwa semata-mata tetapi hanya skil bermain muzik sahaja yang saya tahu untuk dijadikan sebagai punca rezeki setakat ini," katanya.

Noh ditemui pada sesi pra dengar lagu-lagu solo terbaharu di studio milik penyanyi itu sendiri, Pharcyde Studio di sini pada Selasa.

Ditanya pula mengenai keputusan Nina atau nama sebenarnya  Shazrina Azman, 33, yang enggan melibatkan diri lagi di dalam dunia seni muzik, Noh berkata, dia menerima segala keputusan isteri kesayangannya itu dengan hati yang terbuka dan tidak mendesak Nina dalam melakukan sesuatu perubahan diri.

Tambah Noh, dia bersyukur dan gembira apabila Nina mula menimba ilmu agama Islam secara serius menerusi kelas-kelas agama yang disertai, malah mengakui berasa segan kerana menganggap isterinya lebih banyak pengetahuan Islam berbanding dirinya sendiri.

"Nina sekarang banyak bekongsi ilmu agama yang dipelajarinya di kelas dengan saya.

"Malah, dia juga yang mengejutkan saya untuk solat Subuh. Rasanya, kehidupan pagi kami lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, kami sama-sama saling menasihati antara satu sama lain," ujarnya.

Sementara itu, Noh buat pertama kalinya selepas lapan tahun bersama dengan kumpulan Hujan kini mengambil langkah baharu dengan muncul dengan album solo pula.

Noh berkata, selepas sekian lama mengumpul keyakinan diri menerusi Hujan, baru kini dia percaya diri untuk menghasilkan album solo yang memuatkan sebanyak lima buah lagu.

"Ilham menghasilkan lagu-lagu ini selepas mencipta lagu duet bersama isteri iaitu Kurnia.

"Menerusi album ini, saya mahu mengalih minda pendengar dengan menyuntik elemen muzik pop nusantara," ujarnya.

Noh akan mengeluarkan empat buah lagu dahulu iaitu Angin Kencang, Biar Seribu, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam sebagai lagu single.

Sumber : Mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Noh <b>Hujan</b> Mungkin Berhenti Menyanyi - Hye Bro..!!!

Posted: 11 Mar 2014 09:32 PM PDT

noh hujan dan mizz nina

Noh Salleh,29, vokalis kumpulan Hujan mengakui di masa akan datang tidak mustahil dia akan berhenti menyanyi.

Noh berkata, isterinya Mizz Nina ada memberi bayangan agar dia memperlahankan karier nyanyiannya itu.

Ujarnya, Mizz Nina ada memberikan 'hint" tentang perkara itu dan ia membuatkan dia mula berfikir mengenai masa depan.

Namun, Noh tidak pasti apa yang akan dilakukan sekiranya dia berhenti kerana muzik bukan sekadar minat, tetapi bermain muzik sahaja yang Noh tahu untuk dijadikan punca rezeki setakat ini.

Bercakap mengenai isterinya Mizz Nina, Noh bersyukur apabila Nina sudah mula menimba ilmu agama Islam dengan menghadiri kelas-kelas agama.

Perkembangan terkini, Noh kini megambil langkah baru dengan muncul dalam album solo. Album solo itu akan memuatkan lima buah lagu.

Antara lagu single yang akan dikeluarkan dahulu adalah Biar Seribu, Bunga Di Telinga, Angin kencang dan Sang Penikam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan