Aliff Aziz - Google Blog Search |
- Hubungan Kami Sekadar Kawan – <b>Aliff Aziz</b> | - Beautifulnara
- <b>Aliff Aziz</b>: Bukan Kekasih Saya! | ROTIKAYA
- (5 GAMBAR)Adakah Ini Kekasih Baru <b>Aliff Aziz</b>? | - Beautifulnara
Hubungan Kami Sekadar Kawan – <b>Aliff Aziz</b> | - Beautifulnara Posted: 26 Feb 2014 09:16 PM PST Berita baik untuk kaum Hawa di luar sana yang meminati Aliff Aziz. Memberi komen mengenai gambarnya dengan seorang wanita baru-baru ini, Aliff Aziz memaklumkan yang wanita tersebut hanyalah kawan dan belum sampai ke tahap yang lebih serius. Ini bermakna Aliff Aziz masih single mingle, bujang trang tang dan boleh dingorat sekiranya anda berminat. Untuk makluman, wanita di sisi Aliff Aziz ini bernama Shazleen dan gambar tersebut telah diambil oleh ibu Shazleen. Terang Aliff Aziz kepada portal Murai:-
Aliff Aziz juga menekankan yang dirinya masih single dan kini sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyiannya:-
Kalau Aliff Aziz dan Shazleen bercinta pun rasanya pasti direstui oleh para peminat. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. Tak apalah Aliff. Cuba berkawan terlebih dahulu. Mana tahu lama kelamaan akan timbul kesesuaian. Ketika itu bolehlah cuba untuk membawa perhubungan anda berdua ke tahap yang lebih jauh. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Aliff Aziz</b>: Bukan Kekasih Saya! | ROTIKAYA Posted: 26 Feb 2014 05:00 PM PST Baru baru ini, tersebar beberapa keping gambar mesra antara Aliff Aziz dan seorang gadis di beberapa portal hiburan popular sekaligus menimbulkan spekulasi yang penyanyi itu kini sudah menemui calon teman hidupnya — selepas kegagalan cinta lalu. Ewah. Dalam kenyataan kepada portal Murai, Aliff Aziz telah menafikan beliau mempunyai apa apa hubungan istimewa dengan gadis itu dan mendakwa semua gambar yang tersebar diambil ketika sambutan ulangtahun kelahiran beliau. "Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini" "Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga" "Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya," jelas Aliff Aziz lagi. Aliff Aziz juga berkata yang beliau kini tidak mempunyai teman wanita namun tidak menolak yang Shazleen merupakan antara wanita yang rapat dengan dirinya ketika ini. Dalam perkembangan yang sama (kami rasa), ibu kepada Shazleen khabarnya berang dengan tindakan portal hiburan yang menyebarkan gambar anaknya demi mengaut keuntungan. Namun memberi kenyataan yang mereka sedang bercinta. Atau bukan? (rtky/m) |
(5 GAMBAR)Adakah Ini Kekasih Baru <b>Aliff Aziz</b>? | - Beautifulnara Posted: 23 Feb 2014 04:45 PM PST Walaupun sering gagal dalam percintaan, Aliff Aziz nampak gayanya tidak pernah putus asa untuk mencari si dia yang bakal disunting menjadi isteri. Selepas putus dengan selebriti seperti Anne Ngasri dan Adira, terbaru Abang Nara menerima beberapa gambar Aliff Aziz di samping seorang wanita yang tidak kurang cantiknya. Kemesraan mereka menampakkan seolah-olah hubungan yang terjalin adalah lebih daripada sekadar kawan. Putih melepak bukan wanita di atas? Untunglah Aliff Aziz sekiranya benar si cantik jelita ini benar-benar kekasihnya. Namun mungkin jua hubungan mereka tidak lebih daripada peminat atau kawan biasa. Daripada informasi yang diberikan, wanita ini dikatakan pernah berkahwin satu ketika dahulu dan telah pun mempunyai seorang anak. P.S: 10 perkara tentang WhatsApp yang anda perlu tahu Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan