Nuffnang

Isnin, 17 Mac 2014

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Saya Dah Lupakan Anne Ngasri Sepenuhnya – <b>Aliff Aziz</b> |

Posted: 13 Mar 2014 05:49 AM PDT


Tempat jatuh dikenang, inikan pula kekasih pertama. Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz yang sedikit sebanyak pastinya terkenang bibit-bibit dan memori-memori ketika bercinta dengan Anne Ngasri. Mungkin sebab itulah, Aliff Aziz terlepas cakap dan bercerita mengenai Anne meenerusi sebuah suratkhabar pada hujung minggu lalu. Biasalah tue terkenang cinta lama.

aliff aziz
Namun hari ini, menerusi Harian Metro, Aliff mengakui melakukan kesilapan ketika memberi kenyataan berhubung perkara tersebut. Menurut Aliff, dirinya sudah pun melupakan Anne Ngasri sepenuhnya. Kata Aliff:-

Saya dah lupakan dia (Anne Ngasri) sepenuhnya. Itu cerita lama, dua tahun lalu punya kisah. Apabila orang baca laporan, saya letakkan diri di tempat mereka dan sudah tentu mereka anggap saya masih tak dapat lupakan dia.

Sedangkan saya tak bermaksud begitu. Mungkin kesilapan saya sebab tak jelaskan betul-betul mengenai perkara itu. Bila orang baca saya cakap macam itu, tentu orang akan cakap saya ini tak habis-habis lagi (teringat Anne) ke?

Sudahnya saya nampak macam memalukan dan terhegeh-hegeh sedangkan dia sudah melangkah ke depan dengan kehidupan baru. Saya sudah lama lupakan dia dan minta maaf atas salah faham yang tercetus daripada artikel itu.

anne ngasri

Baguslah macam itu. Takkanlah dah 2 tahun pun tak boleh lupakan Anne Ngasri kot? Rasa rugi pulak kalau terkenang-kenang sampai sekarang sedangkan Aliff masih muda dan masih ramai gadis-gadis di luar sana yang mampu mengisi ruang kosong dalam hati Aliff. Lupakan kisah silam, pandanglah ke hadapan. Semoga hati Aliff Aziz akan terisi dengan bunga-bunga cinta dalam masa terdekat ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan