Nuffnang

Sabtu, 22 Mac 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


[ Gosip ] <b>Arja Lee</b>, Shima Anuar bercinta? ~ Perihal Negara

Posted: 27 Feb 2014 07:27 AM PST

Pelakon dan penyanyi popular, Arja Lee mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik, Shima Anuar.
"Benar, kami sedang berkawan rapat dan saya menyukai dia, malah yakin dia juga mempunyai perasaan sama terhadap saya.
"Bagaimanapun saya tidak berani untuk mengatakan kami bercinta tetapi dia adalah wanita yang rapat dengan saya ketika ini," katanya kepada mStar.
Tambah Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, mereka telah berkenalan sejak setahun lalu dan mengakui menyukai wanita itu, namun buat masa ini dia tidak mahu memfokuskan kepada soal cinta kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya dahulu.

"Sebelum berkahwin saya mahu mencapai semua cita-cita saya dan membina nama dalam bidang hiburan sebelum berkahwin.

"Sekarang usia saya 30 tahun da nada masa tiga tahun untuk saya betul-betul memberi fokus kepada kerjaya sebelum berkahwin. Saya bukan tidak mahu berkahwin memandangkan usia semakin meningkat tetapi saya ada tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri selain mengukuhkan ekonomi terlebih dahulu."

Sumber : tupai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan