Nuffnang

Isnin, 10 Mac 2014

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 01:07 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Dec 2013 01:45 AM PST


<b>Azhan Rani</b> Puas, Selesa Jadi Pelakon `Underdog` ~ debotnogori

Posted: 16 Jul 2013 10:09 PM PDT

Azhan Rani Puas, Selesa Jadi Pelakon `Underdog`KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2013: Di kala ramai aktor-aktor baru berlumba-lumba untuk menjadi hero serta mengejar populariti dalam dunia hiburan, Azhan Rani pula lebih memandang dunia lakonan sebagai kerjaya serius di mana dia harus memberi kepuasan kepada penonton yang menonton lakonannya. Tidak hairanlah selepas 6 tahun terlibat secara serius dalam dunia lakonan, Azhan Rani memberitahu Murai bahawa dia lebih dikenali oleh peminat dengan nama yang digunakannya ketika berlakon. Dek kerana itu, dia mempunyai banyak nama-nama panggilan kerana setiap peminat yang menyapa Azhan akan memanggilnya dengan nama yang berbeza mengikut karektor yang pernah dilakonkan pelakon berusia 37 tahun ini. Namun bagi Azhan sendiri, perkara ini secara tidak langsung memberikan kepuasan buat dirinya kerana watak lakonannya telah meninggalkan kesan kepada penonton hingga mengingati nama watak dan bukan namanya sendiri. "Kalau cakap pasal populariti, saya tahu saya bukan di kalangan aktor yang mempunyai ramai peminat. Mereka diluar sana tidak mengenali siapa Azhan Rani. Ini kerana mereka lebih mengenali saya melalui watak yang saya lakonkan. "Ada yang pernah menegur saya dan mengatakan bahawa mereka mengenali saya kerana melihat lakonan saya, cuma mereka terlupa apa nama saya. Saya tahu mereka bukan lupa tetapi mereka memang tidak tahu nama saya yang sebenarnya. "Menjadi seorang pelakon ini, saya anggap ianya sebagai satu amanah. Setiap watak yang dilakonkan harus sampai penghayatannya kepada penonton, barulah amanah yang diberikan pengarah kepada saya itu dijaga dan sampaikan dengan baik,"ucap Azhan Rani yang ditemui di set penggambaran telemovie khas Aidilfitri, Tiba Masanya. Mengkelaskan dirinya sebagai pelakon underdog, Azhan yang merupakan lulusan dalam seni lakon daripada Akademi Seni Melaka serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lakon daripada Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) ini juga mempunyai pengalaman selama 12 tahun terlibat alam dunia teater. Bakatnya yang dikesan oleh Along Kamaluddin itu telah membuka peluang kepadanya mencuba nasib untuk berlakon dengan syarikat produksi, Suhan Movies. "Sebelum ini, sudah lebih 12 tahun saya bekerja dan bergelumang dengan dunia teater sehinggalah Along Kamaluddin mengajak saya mencuba nasib dalam drama. Kalau menjadi dia suruh saya kekal tetapi kalau sebaliknya dia tahu saya punya pekerjaan yang saya minat dalam dunia teater. Alhamdulillah percubaan saya berjaya tetapi saya lebih selesa begini sahaja, sederhana. "Bila dah enam tahun berlakon untuk drama dan telefilem saya akui ada juga memilih tawaran-tawaran berlakon untuk menjamin mutu lakonan. Ini kerana aspek seperti keselesaan sepanjang sesi penggambaran serta kemampuan memenuhi komitmen yang dijanjikan penting supaya saya dapat menjalani penggambaran dengan hasil yang memberi kepuasan. "Bukan kerana saya pelakon yang mempunyai ilmu dalam seni lakon, saya mahu demand atau memilih watak. Cuma apabila lakonan kita berkesan, ia akan sampai kepada penonton dan ia menjanjikan kepuasan pada diri saya,"tambahnya lagi. Walaupun telah memasuki Ramadan, Azhan Rani tetap terus bekerja dan memenuhi jadual kerjanya kerana selesa bekerja di bulan puasa. Saban tahun dia memilih untuk merehatkan dirinya selepas hari raya pertama disambut di Kuala Kubu Baru, Selangor dengan bercuti ke lokasi-lokasi menarik di dalam mahupun diluar negara. Disoal mengenai peribadi, Azhan Rani tidak berganjak dari pendiriannya

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jan 2014 02:22 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 01:43 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2013 01:06 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Oct 2013 01:37 AM PDT


Tausug Bayan: &#39;Biarlah tak glamor&#39; <b>Azhan Rani</b>

Posted: 12 Mar 2012 03:54 PM PDT


BIARLAH orang kata dirinya tak popular kerana soal glamor dan populariti sudah jatuh nombor dua. Apa yang penting, kata pelakon yang bermula di pentas teater, Azhan Rani, 35, tawaran berlakon yang diterimanya tidak pernah putus sampai hari ini.
"Walaupun sudah enam tahun berlakon dalam lebih 40 drama, saya tetap berasa diri tidak popular. Tapi, pengarah tetap tawarkan saya berlakon lagi dalam filem mereka selepas itu.

"Sepanjang tempoh itu juga, saya tidak menghadapi masalah kerana sentiasa mendapat kepercayaan produser dan pengarah sampai hari ini. Jika ada pelakon mengeluh tiada tawaran berlakon, saya pula tidak berdepan dengan situasi itu," katanya.
Namun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang dikenali dalam drama bersiri Gemilang, Wasiat dan Supermak ini mengakui, dia sering ditawarkan watak antagonis dalam drama dan teater lakonannya.

"Saya pun tak tahu kenapa pengarah sering tawarkan saya bawa watak jahat. Mungkin wajah saya yang garang ini lebih sesuai untuk watak jahat.

"Saya akui memang susah sangat nak dapat tawaran watak baik seperti ustaz dan sebagainya ketika ini," katanya.


Terbaru, pemilik nama sebenar Azhan Abdul Rani dan berasal dari Tanjung Karang, Selangor ini beraksi dalam drama bersiri Amukan Pocong arahan Aidilfitri Mohamad Yunos, terbitan Padi Pictures Sdn Bhd milik Nor Aliah Lee Abdullah untuk stesen TV3.

Azhan bawa watak utama sebagai Long Husin, kaki judi yang kemaruk dengan dua rakannya yang sanggup memuja kubur dengan khidmat bomoh siam untuk mendapatkan alamat nombor ekor, sekali gus untuk menang wang dengan cara mudah.

Malangnya, Long Husin yang mempunyai isteri, Long Jamilah (lakonan Elly Mazlein) tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu.

Secara peribadi, Azhan mengakui watak Long Husin paling mencabar kemampuannya sepanjang berkecimpung sebagai pelakon, setakat ini.

"Saya perlu dibalut dengan kostum pocong selama sejam setiap hari. Saya berasa rimas dan panas sepanjang penggambaran.

Selain itu, saya juga dilumur dengan lumpur dan ada kesan darah di muka dan tubuh," katanya.

Bagaimanapun, Azhan tidak berdepan dengan pengalaman menakutkan atau terbawa-bawa dengan watak itu selepas penggambaran drama berakhir.

"Saya akui tidak pernah nampak hantu dalam hidup, setakat ini. Saya juga pernah berlakon dalam cerita seram sebelum ini iaitu Sumpah Orang Minyak.

"Sebenarnya, saya pernah bawa watak Raja iblis yang paling jahat dalam teater Antara arahan Erma Fatima di Istana Budaya, sebelum ini.

"Pada mulanya, saya memang takut dan ingin menolak bawa watak itu tapi Erma yang beri keyakinan pada saya dengan niat ia adalah lakonan semata-mata untuk beri pengajaran kepada masyarakat. "Bagi saya, semua watak yang dibawa mencabar dan ia memberi pengalaman baru buat saya. Apabila berjumpa dengan pengarah baru yang kreatif, saya berasa seronok bekerjasama dengan mereka," katanya.

Drama untuk slot seram TV3 ini disiarkan setiap Khamis, jam 9.30 malam mulai 15 Mac ini. Cerita ini turut dibintangi Ezany Nizarif, Iqram Dinzly, Neelofa, Nabila Huda, Faralyna Idris, Sharifah Sakinah, Elly Mazlein, Namron, Siti Elizad, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Menyentuh perkembangan karier seninya setakat ini, kata Azhan yang masih bujang ini, dia juga berlakon dalam drama Cinta Dalam Hati arahan Zul Arshad untuk saluran RTM.

Tidak ketinggalan, dia juga bakal melakonkan watak anggota polis dalam filem Zombi Jaya arahan Woo Ming Jin untuk Grand Brilliance Sdn Bhd.

Antara drama lakonannya ialah slot Samarinda, Sesuci Cinta Sofia, Ku Milikmu, Tower 13, Lembing dan Dayang, Warkah Terakhir dan banyak lagi.

Balada Pencinta Imbau Kenangan Filem Romantis 90-an - Gua

Posted: 31 Oct 2013 09:00 AM PDT

'Balada Pencinta' merupakan filem bergenre romantis terbaru terbitan Grand Brilliance. Fillem ini merupakan filem kedua arahan Khir Rahman selepas filem pertamanya, '….. Dalam Botol' yang diterbitkan pada tahun 2011.

Filem ini akan membawa penonton menyingkap hidup seorang pemuzik jalanan, Amir, lakonan Johan As'ari yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan samseng. Pertemuan Amir dengan Aisyah, lakonan Siti Saleha, menjadi titik permulaan bagi Amir untuk berubah dan mencari jalan kehidupan yang lebih baik.

Namun, cinta yang disemai tidak dapat mengubah hakikat yang Amir dan Aisyah berlainan darjat, sekaligus membawa penonton mengenali Boy (Sein), tunangan Aisyah yang telah ditentukan oleh keluarganya. Walau dianggap sebagai pasangan yang sama cantik dan kaya, tetap tidak merubah perasaan Aisyah terhadap Amir.

Filem ini akan membawa penonton menyelusuri perasaan dan momen indah percintaan yang seperti selalu dipaparkan dalam filem-filem tahun 1990-an yang begitu dikenali dengan filem-filem yang bertemakan cinta. Siapa boleh lupa penangan cerita cinta tahun 90-an seperti Sembilu, Maria Mariana, Kekasih Awal dan Akhir, Bara, Ringgit Kasorga, Cinta Metropolitan dan banyak lagi.

Formula cinta dua darjat yang Khir gunakan ternyata tidak lapuk untuk digunakan, namun begitu perlu ada kesegaran dan kelainan agar formula itu dapat diterima dengan baik.
Keserasian dalam lakonan antara Saleha dan Johan dapat dilihat walaupun mereka pertama kali digandingkan sebagai pasangan kekasih. Apa yang kurang meyakinkan adalah jambang pada wajah Johan nampak tidak realistik tetapi itu tidak mencacatkan jalan cerita filem ini.

Dapatkah Amir memiliki Aisyah? Adakah cinta mereka dihalang oleh Boy? Saksikan kesudahan filem 'Balada Pencinta' lakonan Johan As'ari, Siti Saleha, Sein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein di pawagam seluruh Malaysia!

Filem: Balada Pencinta

Genre: Romantis

Pelakon: Johan As'ari, Siti Saleha, Sein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra dan Faizal Hussein.

Rating: 3/5

Info: Filem ini telah siap menjalani penggambaran pada bulan Julai 2012 dan banyak babak dilakukan di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan