Nuffnang

Sabtu, 1 Mac 2014

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> Sangkal Merajuk, Tolak Tawaran Berlakon – Perak <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 03:50 AM PDT

Pelakon Jehan Miskin menyangkal dakwaan kononnya dia merajuk dengan dunia lakonan sehingga membuatkan dia menolak beberapa tawaran yang diberikan kepadanya.

Jehan sebaliknya berkata, keputusan menolak tawaran lakonan adalah disebabkan dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya barunya iaitu seorang penerbit dan pengarah.

"Benar sudah tiga bulan saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sebagai pengarah dan penerbit.

"Merajuk itu tidak benar sama sekali kerana tiada sebab untuk saya berbuat demikian," jelasnya kepada mStar Online.

Jehan memberitahu dia bakal mengarahkan drama rantaian untuk 8TV berjudul What If sebanyak 13 episod selain sibuk dengan kerja-kerja pengarahan iklan komersial untuk syarikat korporat.

"Ramai tidak menyedari saya sudah tiga tahun bergiat aktif dalam penghasilan iklan komersial dan dokumentari untuk siaran televisyen," katanya.

Dalam pada itu, Jehan berkata, dia akan kembali berlakon apabila tiba masa yang sesuai kerana buat masa ini ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan.

Katanya, dia perlu melakukan sesuatu bagi meluaskan kerjaya seninya dan tidak boleh terus berada pada tahap lama demi masa depan.

"Saya perlu membawa karier saya ke tahap yang lebih baik dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara sahaja dan untuk mengejar cita-cita itu saya perlu melupakan dunia lakonan seketika.

"Tetapi itu tidak bermakna saya sudah tidak mahu berlakon kerana lakonan masih menjadi minat utama saya," ujarnya.

Sementara itu, Jehan mengakui peminatnya ada mengajukan pertanyaan menerusi Twitter dan Facebook tentang ketiadaannya di televisyen sejak kebelakangan ini.

"Saya terharu dengan kebimbangan mereka terhadap saya dan pada masa sama saya rasa dihargai kerana peminat sentiasa bertanyakan tentang perkembangan terbaru dan mengingati saya," jelasnya.

-mStar

Aktiviti Menyelam Beri Ketenangan Kepada <b>Jehan Miskin</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 05:37 AM PDT

Pelakon Jehan Miskin antara artis yang amat mencintai kehidupan laut apabila mampu menyelam lebih 120 kali selepas menceburi aktiviti selam skuba sejak tahun 1999.

Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 33, berkata, aktiviti itu dapat memberi kepuasan luar biasa lebih-lebih lagi apabila dapat melihat pelbagai hidupan pelik yang terdapat di dasar laut.

"Saya sudah menyelam di dalam dan luar negara untuk mencari ketenangan. Ternyata, saya mendapat kepuasan berbeza yang sukar digambarkan dengan kata-kata," ujarnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Jehan, Pulau Sipadan di Sabah dan Tioman, Pahang merupakan lokasi yang kerap dipilih untuk aktiviti tersebut selain berpengalaman melakukan selaman di kepulauan Maldives dan Manado, Indonesia serta beberapa tempat lain di luar negara.

Dalam pada itu, Jehan berkata menyelam memerlukan kesabaran dan tumpuan yang secukupnya untuk mengelak perkara yang tidak diingini ketika berada di dasar laut.

"Ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi dan jika tersilap langkah, sesuatu yang buruk akan menimpa. Bagaimanapun, apabila dah kerap kali melakukannya, saya sudah rasa biasa.

"Selain itu, apa yang menyeronokkan lagi, saya turut terbabit dalam membantu memulihara kehidupan dasar laut seperti karang yang semakin terhakis," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jehan sibuk dengan persiapannya untuk menjalani penggambaran program Fear Factor Selebriti Malaysia untuk saluran Astro Ria di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan.

"Tak sabar pula rasanya nak melalui cabaran program ini. Ia merupakan penyertaan kali kedua di mana saya pernah menyertainya pada tahun lalu bagi episod khas sahaja.

"Mujurlah Fear Factor kali ini tidak memberikan cabaran memakan benda-benda yang menjijikkan seperti yang pernah saya buat dahulu iaitu makan jantung kambing mentah.

"Cuma saya agak risau sedikit andai kata diberi cabaran berenang di kolam kerana saya tidak terlalu pandai berenang. Ia tak sama dengan menyelam di dasar laut," guraunya.

Sementara itu, Jehan bakal muncul di layar perak menerusi filem Sepah The Movie dan Awan Dania The Movie pada penghujung tahun ini serta Prince Of The City (Februari 2013).

- mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan