Nora Danish - Google Blog Search |
<b>Nora Danish</b> Impi Perkahwinan Tepi Pantai Di Bali | - Beautifulnara Posted: 24 Feb 2014 09:00 PM PST Nama Nora Danish sememangnya hangat dibicarakan semenjak dirinya berkawan dengan Nedim Nazri. Ramai yang mahu melihat "sweet couple" ini mendirikan rumahtangga sehingga gosip mengenai pembelian barang hantaran bertebaran baru-baru ini. Seperti biasa Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya masih tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Namun apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah impian Nora untuk bersanding di tepi pantai Bali sekiranya berkahwin buat kali kedua. Menarik sungguh!!! Berkata kepada MalaysianDigest, Nora memaklumkan yang dia sudah lama mengimpikan perkahwinan bertemakan "beach wedding". Kata Nora:-
Kalau impian Nora Danish ini menjadi kenyatan, pasti sangat menarik dan marvelous. Yang penting duit barang hantaran bolehlah disalurkan untuk menjadikan "beach wedding" tersebut sebuah majlis yang besar-besaran. Abang Nara dapat bayangkan kejelitaan Nora dengan bunyi desiran ombak. Klasik sangat!!! Semoga impian Nora ini akan menjadi realiti. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kami Tidak Pernah Minta Untuk Diceraikan – <b>Nora Danish</b> | Posted: 23 Feb 2014 06:26 PM PST Apabila berita mengenai penceraian Erra Fazira diumumkan minggu lalu, banyak lawak jenaka mengenai janda-janda selebriti bertebaran di laman sosial. Abang Nara pun ada menerima sekeping dua gambar menerusi WhatsApp. Memang agak kelakar. Gelak juga apabila membaca dialog-dialog yang dicipta. Antara yang terlibat ialah Nora Danish, Erra Fazira, Nurul Izza, Maya Karin dan ramai lagi. Namun di dalam gelak tawa kita, mereka yang dikaitkan dengan dialog-dialog lucu ini pasti rasa kurang senang dan terasa hati. Salah seorang daripada mereka, Nora Danish telah melahirkan rasa kecewanya dengan dialog-dialog rekaan tersebut. Menerusi Metro Ahad semalam, Nora Danish berkata:-
Ada betulnya kata Nora Danish itu kan? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang tiada siapa mahukan perkahwinan mereka runtuh di pertengahan jalan. Apa pun lepas ini kalau ada artis yang bercerai, diharap tiada lagi dialog rekaan sebegini akan berlaku. Mungkin kita boleh mula belajar menghormati perasaan mereka. Tak gitu? P.S: Wan Kuzain Wan Kamal, anak Malaysia main bola sepak untuk Amerika Syarikat Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Nora Danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan