Nuffnang

Selasa, 11 Mac 2014

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


<b>Nur Fathia</b> Tunjuk Perangai Sebenar di London? | MyArtis <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 11:54 PM PST

ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon Nur Fathia Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar.

Khabarnya, teraju utama drama 'Ariana Rose' itu kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.

Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya 'merebak' hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali.

Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.

Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.

Nur Fathia Tunjuk Perangai Sebenar di London?

Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.

Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.

Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.

Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:

"Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!

"Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…"

Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.

Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya.

Kami sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri ini.

Sedangkan pelakon yang sudah bergelar 'otai' pun masih ada sikap rendah diri, inikan pula anda yang baru beberapa tahun bertapak…

Oleh: ELZA

(Sumber asal: B*Pop)

Anda mungkin juga meminati:

Punca Nabila Huda dan <b>Nur Fathia</b> bergaduh | CERITA KOSONGKU

Posted: 02 Mar 2014 05:07 PM PST


Punca Nabila Huda dan Nur Fathia bergaduh - Umum mengetahui, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.

Semuanya gara-gara keengganan Fathia untuk melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.

Pergaduhan tersebut mendapat perhatian media sehingga Fathia menjadi mangsa kritikan peminat di laman sosial. Meskipun sudah memberikan penjelasan bagaimana dia boleh berbalah dengan Jalena Rejab namun masih ada kalangan artis yang dilihat kurang senang dengan tindakan Fathia.

Salah satunya ialah Nabila Huda. Menerusi akaun Instagram, pelakon seksi itu memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan laporan penjelasan Fathia dan Jalena berhubung kontroversi di London.


Ianya turut disertakan dengan caption yang meminta Fathia menyatakan permohonan maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.

Perkongsian Nabila Huda itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya di Instagram. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang hairan kenapa Nabila tiba-tiba memuatnaik status berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan