Nur Fathia - Google Blog Search |
Degil, Punca <b>Nur Fathia</b> Gaduh di London? - KeZooM - Blogger Posted: 24 Feb 2014 05:49 AM PST Degil, Punca Nur Fathia Gaduh di London? | Ada kisah yang kurang manis mengenai pelakon utama Ariana Rose, Nur Fathia yang diceritakan menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar. Khabarnya, 'Ariana Rose' kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan gagal menghafal skrip. Ia bukan sahaja kerap berlaku di Kuala Lumpur, sebaliknya 'merebak' hinggalah ke London sehingga sang hero, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali. Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan. Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain. Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab. Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London. Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit. Antara petikan tulisan tersebut berbunyi: "Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia! Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA. Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya. Tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri ini. Sedangkan pelakon yang sudah bergelar 'otai' pun masih ada sikap rendah diri, inikan pula anda yang baru beberapa tahun bertapak. Sama ada benar atau tidak, hanya tuan empunya badan saja yang mengetahuinya. - Berita Harian Artikel Menarik http://mymedialab.blogspot.com/2014/02/pelakon-ariana-rose-tunjuk-perangai.html http://instagram.com/fatiyalatiff |
You are subscribed to email updates from Nur Fathia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan