Nuffnang

Isnin, 24 Mac 2014

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


<b>Siti Nordiana</b>: Doa dari jauh – Perak Today

Posted: 20 Mar 2014 10:06 PM PDT

siti nordiana 1

SPEKULASI demi spekulasi terus mengiringi misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah pun masuk hari ke-14. Ini bermakna sudah 14 hari jugalah pelbagai pihak bertungkus-lumus membantu proses mencari dan menyelamat dilakukan.

Bukan sahaja sumbangan dari sudut teknikal dari negara-negara luar, bahkan dari rakyat Malaysia sendiri, banyak pihak mula mengadakan solat hajat bagi memohon ALLAH SWT memberi jalan dan memudahkan usaha pencarian.

Kembimbangan pula bukan sahaja menyelubungi kaum keluarga dan sahabat handai semua mangsa yang terlibat, tetapi juga seluruh dunia turut merasa simpati.

Ini termasuk jugalah dengan penyanyi, Siti Nordiana atau Nana yang mengakui menjadi di antara pihak yang masih ternanti-nanti akan nasib ke semua penumpang dan anak kapal.

Katanya, sebagai umat Islam, dia berharap semua pihak tidak putus berdoa tidak kiralah mereka berada jauh atau pun dekat.

"Sebagai hambaNya, kita memang kena serah segalanya kepada ALLAH SWT dan jangan putus berdoa dan berharap agar ke semua mereka berjaya ditemui.

"Pada kaum keluarga, saya harap mereka terus bersabar dan tabah menerima ujian ini," katanya kepada Zass.

Tidak hanya berdoa, Nana berkata dia bersama-sama sahabat Usrah Fitrah turut mengikuti solat hajat yang dianjurkan pihak-pihak tertentu.

"Buat masa ini Usrah Fitrah masih belum sempat menganjurkan solat hajat, tapi kami ada ikuti solat hajat yang diadakan pihak-pihak tertentu, contohnya bersama Astro di Masjid Al-Syakirin, KLCC baru-baru ini," katanya yang turut meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi.

Nana berkata, selain itu, pihak Usrah Fitrah juga ada merancang untuk melawat waris dan juga keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

"Perancangan itu memang ada, dan kita masih menanti masa yang sesuai kerana kita berhasrat untuk ke rumah mereka sahaja," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nana berkata, dia akan muncul dengan sebuah single terbaharu yang juga duet bersama Aliff Aziz berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu. Lagu tersebut dicipta oleh Mawar Putih.

-Sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Komen