Nuffnang

Khamis, 13 Mac 2014

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Ada Iras <b>Remy Ishak</b> Ke? | Zamani 84

Posted: 20 Feb 2014 11:48 PM PST

Beberapa hari lepas, tengah borak borak dengan kawan kawan sal retis Malaysia ni, tetiba ada yang gitau Zam ni ada iras Remy Ishak sikit.. Haha.. Ye ke ni?? (Pada anda yang dah mula rasa loya loya nak terkeluar isi perut tu, sila tinggalkan entri ini dengan segera ya).. Lalu sempatlah Zam tilik tilik muka ni, ada ke iras Remy Ishak tu.. Sekali tengok, 2 kali tengok, macam tak de je.. Kalau ada pun persamaan, mungkin sebab kami ada hidung, mata, mulut yang sama macam manusia lain... Hehe
Ps: Minta maaf sangat sebab entri ni tersangatlah koya.. Haha

<b>Remy Ishak</b> Mahu Lafaz-Lafaz Baru Dalam Skrip - Gua.com.my

Posted: 27 Feb 2014 08:00 AM PST

Teraju utama drama 'Cinta Jangan Pergi', Remy Ishak, 32, menyangkal dakwaan mengatakan dia terlalu cerewet apabila menerima tawaran berlakon. Jelas Remy, dia memilih watak kerana mahu memperbaiki mutu lakonannya.

"Saya memilih watak yang boleh mencabar kebolehan saya. Saya tahu saya tak begitu bagus, sebab itu saya perlu pilih watak dan jalan cerita yang bagus," ujar Remy ketika ditemui di majlis pelancaran filem 'Antara' pasa Selasa.

Tambah Remy, dia sentiasa mahukan watak yang berbeza daripada yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

"Saya merupakan seorang pelakon yang sentiasa impikan lafaz-lafaz baru dalam skrip. Tak mungkin nak cakap skrip yang sama untuk projek yang berlainan. Mungkin sebab itu, nampak seolah-olah saya cerewet," jelas Remy yang memegang watak Kamar dalam filem 'Antara'.

Remy yang pada awalnya tidak yakin untuk membawa watak tersebut, berubah fikiran apabila skrip bagi watak Kamardiolah beberapa kali oleh pihak produksi.

Katanya, dia akhirnya bersetuju menjayakan watak tersebut kerana percayakan kelainan yang akan ditonjolkan oleh pengarah Jason Chong.

"Pada awalnya saya tak berani menerima tawaran ini tapi mereka ingin menunjukkan kelainan dan saya tak mahu melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan mereka," ujar jejaka idaman ramai ini.

Remy akan digandingkan dengan pelakon baru Ezzaty Abdullah dalam filem yang akan menjalani penggambaran selama 40 hari ini. Walaupun Ezzaty masih baru, namun Remy melihat potensi yang ada pada pelakon drama online 'Autumn Di Hatiku' itu.

Kerap digandingkan dengan pelakon baru dalam drama dan filem, Remy akui tak mudah berkerjasama dengan pelakon baru, namun dia bersedia membantu mereka menjiwai watak masing-masing. Jelas Remy, pelakon baru harus fokus dengan lakonan dan bukannya mengejar glamor semata-mata.

"Sebenarnya senang nak bezakan pelakon yang ingin berlakon dan pelakon yang ingin glamor. Contohnya ketika di set penggambaran, pelakon yang ingin berlakon akan lebih kerap dilihat menghafal skrip, sebaliknya bagi pelakon yang mengejar glamor lebih kerap bercermin dan risaukan rupa paras mereka. Saya nak berkerja dengan orang yang ada minat berlakon," ujar Remy yang menyedari hakikat bahawa kini lebih ramai pelakon baru yang ingin mengejar nama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan