Nuffnang

Selasa, 22 April 2014

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


<b>Adam AF</b> Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 02:05 AM PDT

Tempoh 24 jam ini memang mencabar nampaknya buat pasangan Adam AF & Fiza Elite apabila kedua dua mereka menjadi tumpuan media juga para peminat selepas ada khabar mengatakan yang si isteri sudah pun memfailkan penceraian di mahkamah.

BACA: Bergaduh Besar, Fiza Elite Failkan Penceraian Di Mahkamah Minggu Lalu?

Adam AF dalam satu kenyataan kepada mStar Online berkata beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkembangan terbaru ini dan meminta semua memberikan mereka ruang selain mendoakan yang terbaik.

"Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya.

Mereka berdua juga khabarnya sudah sepakat untuk tidak mengeluarkan apa apa kenyataan buat masa ini dan meminta semua pihak agar memahami keadaan mereka.

Dalam masa yang sama juga, Fiza Elite melalui akaun Instagram beliau telah dilihat memuat naik status yang semakin menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan mereka yang membacanya.

Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA

Hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa sebenarnya sedang berlaku dan kami berharap Adam Af & Fiza Elite akan menjawab persoalan ramai dengan jelas tidak lama lagi.

Adam AF dan Fiza Elite atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. (rtky/m)


Ini Penjelasan Penyanyi <b>ADAM AF</b> Berkaitan Dakwaan Isterinya, FIZA

Posted: 20 Apr 2014 10:26 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF2) mengambil pendekatan mahu mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbaharu isterinya, Fiza (Elite) dikatakan memfailkan perceraian di sebuah mahkamah syariah di Shah Alam dekat sini minggu lalu.


Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.

"Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi mStar Online  di sini pada Isnin.



Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza dikatakan memfailkan permohonan cerai tersebut selepas masing-masing semakin kurang persefahaman sehingga rakan rapat mereka mengetahui masalah yang timbul dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

"Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami," katanya lagi.



Namun begitu, Fiza berkongsi sekeping fotonya sedang memakai telekung di Instagram dan memberitahu enggan lagi ditebak dengan soalan kontroversi itu selain berharap semua pihak dapat memahami situasinya.
Adam dan Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra,4.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan