Nuffnang

Selasa, 22 April 2014

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Kahwini Neelofa Hujung Tahun Ini? | ROTIKAYA

Posted: 19 Apr 2014 10:17 PM PDT

Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa.

Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan dengan Neelofa pasti menjadi salah satu soalan utama.

Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.

"Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

"Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial," ujar Hans Isaac kepada portal GUA.

Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain 'kan? (rtky/m)


HOTLIPS CORNER: <b>Hans Isaac</b> Kahwin Hujung Tahun

Posted: 18 Apr 2014 03:49 PM PDT


Pelakon,pengarah dan penerbit kacak, Hans Isaac akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini. 

Umum mengetahui hubungan rapat antara Hans Isaac dan Neelofa, namun mereka berdua tidak pernah mengumumkan secara rasmi hubungan cinta mereka.

Dalam satu temubual dari mStar, Hans telah menjawab tentang status hubungannya dengan aktres popular Neelofa.

Ini kata Hans Isaac:

"Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,"

"Tiada lagi istilah kerja kuat, saya hanya kerja selama tiga jam sehari sahaja dan selebihnya saya lakukan aktiviti yang tidak dapat saya lakukan dahulu.

"Saya tidak mahu fikir fasal jualan filem, promosi atau cari publisiti untuk mengejar populariti, zaman itu semua sudah berlalu"

Bagi
Hans Isaac, kini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadi daripada kerjaya. Dia akui mahu ada masa untuk yang tersayang dan nak jalani kehidupan yang seimbang berbanding dahulu.

baca juga:
Jihan Raja Lawak nak kahwin (KLIK SINI)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan